Wednesday, January 12, 2011

F.R.I.E.N.D.S


   ஐ¸.·’KISAH KAMI DI SEKOLAH  ஐ¸.·’
  

    Memiliki sahabat atau lebih biasa didengar dengan panggilan kawan atau rakan merupakan pekara yang paling indah dalam hidup ini. Ya, saya tahu saya bukanlah orang yang beryakinan tinggi apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, khususnya dalam bilangan yang ramai. Malunya.... Tapi, saya akui saya sangat peramah orangnya. Saya tidak kedekut untuk meberikan senyuman kepada sesiapa pun, walaupun senyuman itu tidak dibalas. Malah, mungkin ada yang hairan atau menganggap saya ni "tidak betul" kerana senyum kepada mereka. Kawan...  saya amat menyayangi semua kawan-kawan saya. Bukan senang untuk mencari kawan yang betul-betul serasi dan memahami pemikiran dan perlakuan kita kerana setiap orang adalah berbeza dan sering berubah-berubah. Istilah "kawan makan kawan" amat mengerunkan apabila didengar. "Salah pilih kawan, diri sendiri binasa". Namun begitu, saya amat bersyukur kerana saya mendapat sahabat yang baik-baik dan "sweet2" belaka.Saya tidaklah mempunyai sahabat yang sangat ramai, mungkin kerana sikap saya yang kadang-kadang agak pemalu, menyebabkan saya sering "kunci mulut" dan kurang bercakap, khususnya apabila kawan tersebut tidak mempunyai pemikiran yang seiring dengan pemikiran saya. 
     Pada zaman saya belajar di sekolah rendah, dua sahabat yang sangat akrab dengan saya  ialah Michelle dan Caroline. Apabila menjejak kaki ke alam sekolah menengah, saya amat teruja sekali. Yelah, sekolah baru katakan. Hari pertama, saya tidak beberapa mengenali sesiapa. Tetapi, terdapat juga rakan-rakan dari sekolah rendah. Hari terus berlalu, masa berganti.. suatu hari, seorang pelajar baru masuk ke kelas saya dan saya terus mengajaknya duduk di sebelah saya, kebetulan tempat saya kosong ketika itu. Sejak itu kami berkenalan. Dan, sepanjang di sekolah menengah, saya mempunyai kawan yang sangat hebat, iaitu Frankline, Jessica, Melissa, Lusieyana, Michelle dan Caroline.  Kesemua kami mempunyai sikap yang agak "gila2" dan sangat "happy go lucky". Ke mana sahaja, kami semua mesti bersama. Kalau ketika itu Wonder Girls" wujud, pasti kami akan digelar sebegitu... hehe.. perasan la pulak.. Waktu rehat kami akan ke kantin bersama-sama, sepanjang perjalan pergi dan balik ke kantin, pasti keadaan menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurau senda kami. Sangat melucukan. Saya pasti akan tergelak besar apabila mendengar celoteh dan melihat aksi lucu mereka. Kami sering bersama dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Terdapat juga beberapa orang yang telah bertukar kelas, namun kami tetap sering berhubung. Saya hanya sering bergaul dengan mereka sahaja, dan disebabkan itu kami "dicop Lesbian.Hahaha... sangat lucu. Tapi kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan sama sekali.Sepanjang alam persekolahan adalah amat bermakna sekali.






ABOUT  THEM

Jes:Cantik and sweet. Kami mempunyai minat yang sama, iaitu menyanyi dan menari. Seorang yang ceria, hyperaktif dan "sot2". Haha... Kami  berdua pernah digigit penyengat dulu. sayala yang paling teruk, muka pun macam jadi "alien".Seorang yang tegas, dan suka gelak besar macam saya. hehehe.. Kebolehannya adalah menari, dan dia sering ajar saya menari. Minat lagu Dato Siti.


Frank: Seorang yang sangat kreatif, spontan dan "sot2" juga.. Kami pernah berselisih faham dulu, dan dia selalu membuat jenaka yang spontan. Walaupun dia agak sensitif, dan suka berteus terang, dan agak kuat marah sikit, tapi dia sangat baik dan kelakar. Comel, dan sangat peramah dan disenangi oleh ramai orang."Expert" dalam Bahasa Ingerris, drama and public speaking.


Lusieyana: Seorang yang popular dalam bercinta. Hehe.. baik hati dan suka membantu. Walaupun, kadang-kadang agak nakal, tapi dia memang sweet. Bijak Bahasa Iban, dan berkebolehan juga menari. Kami juga sering menari bersama. Minat juga bermain hoki dan kami pernah mewakili sekolah sama - sama. 


Melissa: Emm.. dia seorang yang sweets, pandai menari dan bijak Matematik. Suka buat lawak juga, dan paling lucu, saya percaya dia adalah kekasih Mark "Westlife.. Haha.. Lucu.. Dan dia pernah suka kat abang saya... ツ ( Oops! )Manja, dan minat musik.Minat dalam tarian juga. Sering bersama menari. Kami juga pernah main hoki sama - sama.


Michelle: Seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Blur2 juga la sikit. Hehe.. tapi sangat baik dan sopan. Berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Anak yang baik dan taat dengan orang tua. Mukanya sangat unik. Mukanya bersegi membuatkan dia comel.Kalau bab cinta, dia seorang yang setia namun jarang bercinta, coz pemalu cgt.


Caroline: Seorang yang cantik, dan manis. Sangat popular dan diminati ramai. Sapa - sapa yang tengok mesti terpikat. Gila-gila dan suka berfesyen, tapi tak suka bermake-up. Hehe.. Sangat manja.Seorang yang setia dalam percintaan. Kami sering hang out  dan shopping bersama-sama. Suka gelak besar juga.. hehe..

F R I E N D S H I P
       ,;*”*;, is like
*; ,;,*   a
          __)(____ TRee…..
It is not MEASURED by how TALL it could be,
but how deeply the roots have grown..
** Walaupun kini kita tidak lagi bersama, tetapi persahabatan kita tidak akan pernah putus....Jauh di mata, tetapi dekat di hati.. Korang semua tetap saya ingati selalu...  =). Walau di mana pun korang berada, saya akan sentiasa mendoakan kejayaan,kesejahteraan dan kebahagian korang semua. Sayanggg  gilak-gilak ngan kitakorang!!...
❤ ...Friendship Never Ends...
MyEm0.Com

Sunday, January 9, 2011

Kini

Kini hidup ku tidak seperti dulu...
Kebahagian yang ku kecapi dirobek,
Dimamah dek perubahan masa..
Jikalau dulu riuh rendah menghiasi kehidupan,
Gelaka ketawa sentiasa kedengaran..
di bibir setiap kami mengukir senyuman..

Namun..
Kini hanya tinggal keheningan..
Umpama kota tiada berpenghuni..
Hanya kedengaran suara-suara merintih,
Esak tangisan menjadi peneman setia,
Hati tidak mampu mengawalnya lagi..
Rantai-rantai kehidupan adalah penghias hidup,
Seandainya jatuh usahlah terus terbaring,
Hari ini tidak tamat di sini,
Esok akan setia menanti..
Kini aku sedar ia akan berakhir..