Last night, aku tak tahu kenapa sukar untukku melelapkan mata.. Maybe aku memikirkan banyak pekara.. sehinggala aku menerima satu mesej dari cousin, mengatakan my Enek telah meninggal dunia and I was like.... SHOCKED! Aku rasa ia berlaku secara mengejut, dan aku tak expect pekara ini akan berlaku. Melihat keadaan arwah Enek ketika di hospital hari tu, aku yakin, Enek akan sembuh.. tapi rupanya tidak. Fikiranku bercelaru seketika.. Akhirnya, aku melelapkan mata agak lewat dengan harapan, esok aku ingin pulang ke kampung halaman.
Malangnya, aku memang tidak dapat pulang untuk melihat wajah Enekku buat kali terakhir, namun aku bersyukur sebenarnya kerana aku diberi kesempatan untuk melawat Enek ketika di hospital setelah sekian lama aku tidak berjumpa dengannya. Aku cukup rasa bersalah di atas apa yang berlaku selama ini, dan aku sangat - sangat tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Ye, aku akui, aku tidaklah terlalu rapat dengan beliau, namun segala kenangan aku bersamanya ketika aku masih kecil, tidak dapat aku lupakan. Walaupun kami jarang meluangkan masa bersama, namun aku cukup menyayangi beliau. Aku sangat sedih kerana, aku belum sempat untuk berbual dengannya dan berkongsi kejayaan yang telah aku miliki kini dengannya. Aku belum sempat untuk memberikan dan membelikan sesuatu untukknya dengan duit gaji pertama aku. Oh, aku rasa sangat bersalah dan kecewa dengan diri sendiri......... Aku betul - betul ingin mendengar suaranya.., namun nampaknya hajatku itu tidak kesampaian.. Aku rindukan suara Enekku.. Aku benar-benar menyesal kerana selama ini aku jarang menjenguknya di kampung.. Aku harap, arwah Enek akan tenang di samping Tuhan, dan sentiasa tahu bahawa cucunya ini sangat menyayangi dan merinduinya selalu. Rest In Peace Enek...AMEN. I'll always loving you. Maafkan sebala salah dan silap cucumu ini.. I love you, I Miss You forever..