KOSMETIK ASAS [ BASIC COSMETICS ]
Selain peralatan dasar, kosmetik dasar juga merupakan salah satu pelengkap untuk menghasilkan solekan yang sempurna. Di zaman moden ini, teknologi semakin canggih, banyak produk kosmetik telah dihasilkan. Sudah tentunya teradapat beribu - ribu produk kosmetik yang mepunyai pelbagai warna, rupa dan jenama yang dijual di pasaran. Oleh itu, kita sebagai wanita harus bijak memilih kosmetik yang matching dengan colour skin, dan selamat untuk kulit supaya tak menyebabkan alergi pada kulit. Kalau nak bersolek, bukan hanya tertumpu pada satau sahaja, tetapi merangkumi semua, iaitu, mata, pipi, bibir dan bahagian muka, then baru nampak solekan yang sempurna. So, jom kita lihat apakah kosmetik asas yang perlu ada.
PELEMBAP ( MOISTURISER )
Walaupun kulit kita memilik Natural Moisturising Factor ( NMF ), dan sebum yang menjaga dan memberi kelembapan pada kulit, tetapi apabila usia kita semakin meningkat kedua fungsi di atas akan berkurangan. Maka, pelembap adalah sangat penting untuk kulit wajah untuk memastikan kelembapan dan kekenyalan kulit terpelihara. Selain pelembap yang mengandungi air sebagai bahan asas, (water-based) atau minyak (oil-based), tinted moisteriser dengan kandungan warna yang sangat ringan juga boleh digunakan. Ia mampu menampakkan kulit kelihatan lebih cerah. Jadi, sebelum mengenakan apa-apa solekan, sebaik - baiknya kita perlu mengunakan pelembap terlebih dahulu supaya kulit kita tidak kering dan kasar.
ALAS BEDAK ( FOUNDATION )
Dalam asas solekan, alas bedak / foundation adalah amat penting kerana ia mampu memperlihatkan kulit lebih mulus, licin dan berseri. Foundation boleh didapati dengan pelbagai tingkat warna (colour tone) dan tekstur, iaitu sama ada cair (liquid), padat (compact / stick), serbuk (powder), mousse dan krim. Kini foundation telah diformulasi dengan lebih baik, di mana dilengkapkan dengan perlindungan matahari (spf), tanpa kandungan minyak (oil-free), serta foundation antioksidan dan anti penuaan. So, kiranya fungsi foundation bukan hanya sebagai bedak asas tapi juga mempunyai pelbagai fungsi lain.
CONCEALER
Kosmetik ini berfungsi sebagai penyamar atau menutupi noda serta lingkaran hitam di sekitar mata. Concealer boleh didapati dalam tekstur bahan yang berbeza, seperti krim, stick dan compact, serta mempunyai beberapa jenis fungsi , iaitu light-difussing (memberi kesan terang), scars and birthmarks (menyamarkan kesan luka dan tanda lahir), dan blemish fighters ( menyamarkan noda pada kulit). Selain itu, concealer juga terdiri daripada beberapa warna, iaitu Hijau yang berfungsi untuk mengatasi kulit kemerahan dan menutupi noda, Lila untuk menyamarkan kulit yang kendur, Biru pula untuk mereka yang berkulit pucat dan Aprikot untuk mencerahkan kulit lesu.
BEDAK ( POWDER )
Bedak merupakan kosmetik terbaik untuk menjaga asas solekan, sekaligus memelihara kulit dari berminyak serta memberi kesan kulit yang lembut dan mulus. Bedak terdiri daripada tekstur serbuk atau tabur (loose powder), serta pada (pressed / compact powder). Bagi mendapatkan hasil sapuan bedak yang baik, gunakanlah puff (velour puff) span khusus untuk bedak.
PERONA PIPI ( BLUSH ON )
Seperti yang kita tahu, blusher atau perona pipi ini membuatkan wajah kita tampak segar dan charming. Kalau kita lihat dulu blusher yang ada hanya bertekstur serbuk, tapi kini perona pipi boleh didapati dengan variasi tekstur yang lain seperti, gel, krim, cair, dan padat. Kita boleh mengaplikasikan perona pipi dengan menggunakan berus atau jemari. Selain itu, cara sapuan perona pipi juga berbeza - beza mengikut kesesuaian bentuk wajah dan kesan solekan yang diinginkan. Kalau setakat nak jalan - jalan tu, no need la nak guna blusher tebal2. Over plak... Cukuplak sekali dua sapu pun dah memadai.
LIP GLOSS
Lip gloss fungsinya adalah untuk mengilatkan bibir supaya kelihatan lebih seksi, selain memberi kesan bibir bervolume dan segar dengan segera. Lip gloss terdiri daripada jenis yang berwarna (tinted), serta yang tidak berwarna (clear). Lip gloss diaplikasikan di atas bibir yang telah disapukan lipstick. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, sebaiknya sapukan lip gloss pada bahagian tengah bibir, kemudian ratakan secara perlahan. Lip gloss boleh didapati sama ada bertekstur cair, padat dan krim / balsem. Selain tiu, lip gloss juga tersedia dengan variasi perasa buah -buahan, seperti peach, strawberi dan sebagainya.
GINCU BIBIR ( LIPSTICK )
Lipstick pula berfungsi memberi warna pada bibir agar bibir kelihatan segar, di samping menyempurnakan solekan. Kini lipstick tersedia dengan pelbagai warna, serta formula seperti, long-wearing (tahan lama tetapi mebuatkan kulit bibir kering), transfer-resistant ( tahan lama sehingga 8 jam tanpa membuatkan bibir menjadi kering), frosted/shimmery (memberi efek kilauan mewah pada bibir), matte (warna yang kuat tetapi tidak mengandungi pelembap), moisturizing (mengandungi pelembap), dan satin/sheering (mengilat dan mengandungi pelembap dengan warna yang begitu lembut). So, sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi pelembap supaya bibir anda tidak terasa kering. Untuk memastikan lipstick anda tahan lama gunakan lip liner. Saat anda ingin minum air, dan tidak ingin kesan lipstick melekat di bibir gelas, jilat sedikit di bibir gelas, supaya ia basah lipstick anda takkan melekat di gelas tersebut. Ha, nak tahu, saya juga selalu gunakan lipstick as blush.(Kadang2 bila blusher dah habis).Sebenarnya, memang boleh! Tapi, jangan gunakan blusher as lipstick pula ye..
LIPLINER / LIP PENCIL
Pensil garisan bibir ini berfungsi sebagai bingkai bibir. Lipliner digunakan sebelum mencalitkan gincu. Lipliner diukir mengikut garisan dan bentuk bibir untuk meperlihatkan bentuk bibir yang lebih ideal. Walaupun tekstur lipliner agak padat, namun cukup licin untuk diaplikasikan pada kulit bibir. Untuk solekan yang lebih sempurna, lukiskan garisan bibir di seluruh bahagian bibir sesuai /padan dengan warna lipstick yang ingin anda guna, sekaligus will ensure that your lipstick last longer. Selain itu, ia akan membuatkan bibir anda tampak mugil dan seksi serta solekan bibir tampak rapi dan kemas. Try la..
PEMBAYANG MATA (EYESHADOW)
Eyeshow berfungsi sebagai pembayang / perwarna mata. Tersedia dengan pelbagai variasi warna dan tekstur, seperti serbuk (powder), krim, padat ( bentuk pensil, compact, atau stick), dan liquid-to-creamy (kebiasannya disimpan dalam bentuk tube). Selain itu, eyeshadow juga dihasilkan dengan formula yang berbeza, contonhya, matte, pearlised (berkilat seperti pasir), shimmer and glossy. Cara sapuan eyeshadow juga adalah berbeza mengikut gaya solekan. If saya, saya lebih prefer shiny black, coz warna ni make my eyes look bigger. Hehe..
EYELINER
Kalau lipliner tadi berfungsi sebagai bingkai bibir, jadi eyeliner pula berfungsi sebagai bingkai mata. Eyeliner ini berperanan membentuk, mengoreksi dan membuka mata. Kebiasaannya eyeliner disediakan dalam bentuk liquid, namun terdapat juga yang bertekstur padat, iaitu dalam bentuk pensil. Jurumake-up yang profesional kebiasaannya hanya menggunakan eyeshadow berwarna hitam, sama ada krim, or compact sebagai pengganti eyeliner. Jadi, kalau anda menginginkan bentuk mata yang bulat and besar, gunalah eyeliner. Selain itu, ia juga mampu menyerlahkan lagi bentuk mata anda.
** Kosmetik yang biasa saya gunakan ialah dari produk Avon, Mac and Maybelline. Biasanya saya x kisah jenama apapun, asalkan colour n formulanya memang bagus. Apapun, wanita memang sinonim dengan kecantikan, tapi janganlah terlalu obses nak nampak cantik sangat sampai semua produk pun nak cuba. Jangan sampai membinasakan wajah anda. Pilih yang cocok dengan keadaan dan kesesuaian kulit. Well, natural is the best. Right..? ^^v