Suatu hari, Ah Fat berasa sangat lapar. Namun, Ah Fat merupakan seorang budak yang sangat pemalas, termasuklah memasak. Dia juga seorang yang kuat makan dan sering berasa lapar. Selain itu, tabiat buruknya yang lain ialah dia suka pergi ke rumah jirannya, untuk meminta makanan.
Lalu, dia bercadang hendak ke rumah kawannya dan merupakan jirannya, iaitu Ah Sok. Ketika itu, Ah Sok sedang menyiapkan makanan. Pada masa yang sama, Ah Sok berasa tidak tahan lalu pergi ke tandas dan membiarkan makanan itu di atas meja. Ketika itulah Ah Fat yang fat itu datang, dan melihat makanan di atas meja tersebut, dan terus melahap makanan tersebut. Ah Fat berasa makanan tersebut agak pelik rasanya, namun kerana kelaparan dia tidak peduli dan terus melahap.
Kemudiaan, anjing peliharaan Ah Sok datang menghampiri Ah Fat, sambil menyalak kepada Ah Fat.Anjing itu terus menyalak, namun Ah Fat tidak mempedulikannya. Ah Sok keluar dari tandas, dan matanya terbeliak apabila melihat kehadiran Ah Sok di situ sambil memakan makanan yang disediakannya tadi.
Ah Fat hanya ketawa melihat reaksi Ah Sok, dan mengatakan dia terlalu lapar. Lalu, Ah Fat bertanya kepada Ah Sok, " kenapa anjing awak dari tadi asyik menggeram kat aku, padahal aku tengah makan ni. Apa dia nak aku bagi dia makanan ke? Haha, jangan harap"
Lalu, Ah Sok menjawab, tidaklah. Anjing saya cuma marah sebab melihat kamu memakan makanannya dan menggunakan piring kesukaannya...
Ah Fat hanya tergamam. Lalu terus berlari ke tandas.... :D
Thursday, February 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 What They Say?:
Post a Comment