Thursday, February 16, 2012

Joke #1 Si Ayah Yang Kantoi

Ketika si ayah bersiap hendak bersarapan, tiba-tiba handset berbunyi, (masuk satu sms) di meja makan.


Kemudian si ayah berfikir, dan tersedar bahawa anak lelakinya tertinggal handphone di meja makan tersebut, sedangkan anaknya telah beredar...
Lalu, si ayah mengambil handphone tersebut dan si ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg tak bernama.


Alangkah terkejutnya si ayah apabila membaca sms yang berbunyi begini, 
" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu-tungu kedatangan sayang... Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat
manis kita bersama malam itu. Sangat mengujakan dan seronok sekali.
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby...
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa k@%#%m
(ditapis)... '


'Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya yang sibuk mencabut bulu ketiak di tepi tingkap. Lalu si ayah berkata,
'Bedah, Cuba kau tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita
ni!'


Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya...Dan hampir pengsan setelah membaca sms itu.


Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus memanggil anaknya.
Si Ayah : Gonjeng, kau ada nak ke mana - mana malam ni?
Anak : Oh, baru nak cakap, saya nak ke rumah kawan, kami nak belajar sama. Tak lama kan nak exam..
Ayah : Bagus! Nih, tengok handset ko ,apa maksud sms ni?
(ayahnya membentak sambil sebelah tangannya bergegar - gegar  nak menampar anaknya)


Anak : Lar...Ayah ni, buat tak tahu pula.. Ni kan sim kad ayah... Handset ayah kan rosak.Semalam ayah sendiri tukarkan simcard ayah dalam handset ni sebab kata nak tunggu sms penting'. Ayah dah lupa ke?, jawab si anak selamba..


Si ayah memandang ibu, dan si ibu pula memandang ayah dengan wajah singa yang hendak menerkam mangsa. Apa lagi, ayah terus lari keluar apabila dikejar oleh si Ibu dgn penyangkut baju......... :D

0 What They Say?:

Post a Comment

There was an error in this gadget