Sunday, June 10, 2012

I'm Back!!!



HAPPY SUNDAY MORNING..... =)



It's been a long long time Im not visiting my blog... n mencoret post... Im quite busy, plus my lappy got problem. Well.., now I tengah cuti, and I try to spend my time dengan menulis. Lama kot tak update. But, Im very thankful to God because Im still awake, and still can open my blog. Open punya open, tengok ada 26 followers. Thank you so much guys sebab sudi followed blog sy yang tak seberapa ini. Saya sangat menghargainya. Sayang you all... and keep in touch ya. What I'm gonna to say ..mmm..

Ohya, kebelakangan ni saya sebenarnya sibuk sangat dengan study, asignments, thesis, n exam. Macam - macam masalah telah menimpa diri ini. Namun, saya cuba seadaya untuk terus tabah. Thesis tak siap lagi, n kena submit 20 hb ni. Oh Gosh... Tired sangat2, tapi what can I do, student's life memang camni. Right..? Apabila banyak sangat masalah menimpa, kadang kala saya berasa ingin sahaja berputus asa. For example, malam tu, saya tengah bersemangat buat asignments kajian tindakan n perlu submit keesokkan hari. Saya dah ada buat sikit2, n just nak sambung. starting jam 10 pm like that la, buat punya buat until jam 8 am, suddenly lappy I jammed. Im panicked, n I turned off. Then, bila nak on balik, x boleh. Blank je. Then I started crying, because i only saved it in my lappy. What a messy on that time. I dont what to do, I just cried, and blamed myself about what happened. I gived up time tu. Sejak hari itu, i dah tak tahu nak buat apa, lappy dah rosak, asignments pula melambak, nak pinjam lappy member, susah sebab they all nak guna juga. Last2, I buat and hantar juga walapun lewat. Saya cuma berharap sangat agar lecturer dapat terima and tak potong markah saya banyak sangat. Huhu..

Then, masalah family pula datang, masa exam. Beberapa minit lagi nak masuk examination hall, i received a call from my aunt, and she said yang my nenek can't talk. Maksudnya, suara dia hilang tiba-tiba. Oh, I so terkejut, and started crying. Saya tak dapat buat apa2 coz saya berada jauh dari mereka, and saya hanya mampu berdoa agar nenek saya selamat. Time exam, kepala saya sangat sakit, and pening, maybe coz pressure yang kuat, tambahan saya tak tido semalaman coz buat ulangkaji untuk 2 papers. Plus, berita tentang nenek saya, akibatnya, I lose my focus.Saya telah berusaha, dan sekiranya result mengecewakan, saya pasrah. Habis exam, saya terima call sekali lagi from kampung said my nenek dah ok. She can talk again. Oh.. saya sangat happy and bersyukur, anmun ketika dengar suara nenek dalam talian, once again I cried. Saya sangat rindukan my family and my village. I wonder, if they miss me too....... I hope so. Apapun, Im so grateful. God Bless..Amen.

Banyak lagi masalah, tapi saya tak perlulah ceritakan semuanya kot. Sebagai pengajaran, apapun masalah yang berlaku dan kan mendatang, hadapilah dengan senyuman. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan kita perlu menghadapinya dengan fikiran positif dan rasional. Jangan ambil tindakan membuta tuli, sehingga memudaratkan diri dan orang lain. Dont be stupid, and think smart.

Someone pernah ckap kat I; sesusah mana pun kita, fikirlah bahawa ada orang lain yang lebih susah, malah lebih menderita berbanding kita. Janganlah mudah mengalah, dan mengambil jalan mudah untum menyelesaikannya. If got problem, dont just keep it, luahkanlah kepada sesiapa sahaja, and dont be alone. Kalau kita berseorangan, syaitan akan mudah untuk menghasut kita. Kalau tidak ada tempat untuk mengadu, ingatlah bahawa TUHAN sentiasa ada. Berdoa, dan memintalah petunjuk dengan TUHAN, luahkan kepada TUHAN, selepas itu, anda pasti berasa tenang.




DENGARKAN LAGU INI, dan ANDA PASTI  TERSENYUM..   =)


Friday, March 23, 2012

Joke 4# Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya...

Isteri: Abang.. abang tau x, tadi malam ayang bermimpi abang menghadiahkan ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Emm.. ayang rasa macam real je..

Suami: Yeke yang?

Isteri: Ye bang.. ayang happy sangat masa tu. Abang rasa apa maksud mimpi ayang tu? Hehe...

Suami: Oh, xpe, ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak. ( jawab suaminya sambil membisik manja. )

Isterinya tersenyum lebar dan tidak sabar untuk menunggu waktu malam. Dan, malam itu si suami setibanya suami di rumah, isteri terus menyambut suaminya dengan penuh perasaan gembira, dan hatinya teruja apabila melihat di tangan suaminya terdapat satu bungkusan hadiah.. 

 Lalu, suami memberikan kepada isterinya bungkusan hadiah tersebut.
Dengan hati berdebar-debar & penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan alangkah terkejutnya isteri apabila mendapati isi bungkusan hadiah tersebut adalah
 

sebuah buku yang berjudul.. “Jenis-Jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Sahabat Atas Nama Atau SAHABAT

Kadang kala kita bertelingkah..
Kadangkala kita tak bersefahaman..
Rajuk, marah lumrah dalam sesuatu perhubungan..
Namun jangan dibiarkan melarat
Menjadi nanah luka yang menyeksa

Kalau benar, usahlah ambil kira
Kalau ikhlas tak perlu berpura-pura
Usahlah berahsia bimbang diketahui
Kerna setiap yang baik harus dikongsi bersama

Mementingkan diri merugikan diri
Sikap kedekut kurang disenangi
Harus saling mempercayai
Perlu memahami antara kita
Mengharapakan tiada titik akhir persahabatan ini

Thursday, February 16, 2012

Joke 3# Ayah Dan Anak

Suatu petang ayah melihat anak lelakinya hanya baring di atas sofa sambil mengoyangkan kakinya sambil menonton tv. Hanya itulah rutin anaknya setiap hari.. Lalu si ayah berasa ingin menegur anaknya.

Si Ayah berkata kepada si anak,
Awak ni asyik tengok tv je. Cubalah pergi buat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

Si Anak : Ala... untuk apa je.. ( sambil matanya hanya tertumpu pada tv )

Si Ayah : Supaya awak akan dapat markah yang bagus nanti..

Si Anak : Itu je?

Si Ayah : Ai.. ada lagi, supaya anak dapat kerja yang bagus nanti.

Si Anak : Lagi..?

Si Ayah : Lagi.... umm,.. nanti anak boleh beli rumah besar, dan kereta yang cantik - cantik.

Si Anak : Lagi...?

Si Ayah : Dan, bila dah senang, bolehlah anak rileks - rileks, dan goyang kaki.

Si Anak : Jadi, apalah yang ayah rasa saya buat sekarang?

Joke 2# Ah Fat Yang Suka Makan

Suatu hari, Ah Fat berasa sangat lapar. Namun, Ah Fat merupakan seorang budak yang sangat pemalas, termasuklah memasak. Dia juga seorang yang kuat makan dan sering berasa lapar. Selain itu, tabiat buruknya yang lain ialah dia suka pergi ke rumah jirannya, untuk meminta makanan. 


Lalu, dia bercadang hendak ke rumah kawannya dan merupakan jirannya, iaitu Ah Sok. Ketika itu, Ah Sok sedang menyiapkan makanan. Pada masa yang sama, Ah Sok berasa tidak tahan lalu pergi ke tandas dan membiarkan makanan itu di atas meja. Ketika itulah Ah Fat yang fat itu datang, dan melihat makanan di atas meja tersebut, dan terus melahap makanan tersebut. Ah Fat berasa makanan tersebut agak pelik rasanya, namun kerana kelaparan dia tidak peduli dan terus melahap.


Kemudiaan, anjing peliharaan Ah Sok datang menghampiri Ah Fat, sambil menyalak kepada Ah Fat.Anjing itu terus menyalak, namun Ah Fat tidak mempedulikannya. Ah Sok keluar dari tandas, dan matanya terbeliak apabila melihat kehadiran Ah Sok di situ sambil memakan makanan yang disediakannya tadi.


Ah Fat hanya ketawa melihat reaksi Ah Sok, dan mengatakan dia terlalu lapar. Lalu, Ah Fat bertanya kepada Ah Sok, " kenapa anjing awak dari tadi asyik menggeram kat aku, padahal aku tengah makan ni. Apa dia nak aku bagi dia makanan ke? Haha, jangan harap" 


Lalu, Ah Sok menjawab, tidaklah. Anjing saya cuma marah sebab melihat kamu memakan makanannya dan menggunakan piring kesukaannya...


Ah Fat hanya tergamam. Lalu terus berlari ke tandas....    :D

Joke #1 Si Ayah Yang Kantoi

Ketika si ayah bersiap hendak bersarapan, tiba-tiba handset berbunyi, (masuk satu sms) di meja makan.


Kemudian si ayah berfikir, dan tersedar bahawa anak lelakinya tertinggal handphone di meja makan tersebut, sedangkan anaknya telah beredar...
Lalu, si ayah mengambil handphone tersebut dan si ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg tak bernama.


Alangkah terkejutnya si ayah apabila membaca sms yang berbunyi begini, 
" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu-tungu kedatangan sayang... Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat
manis kita bersama malam itu. Sangat mengujakan dan seronok sekali.
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby...
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa k@%#%m
(ditapis)... '


'Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya yang sibuk mencabut bulu ketiak di tepi tingkap. Lalu si ayah berkata,
'Bedah, Cuba kau tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita
ni!'


Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya...Dan hampir pengsan setelah membaca sms itu.


Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus memanggil anaknya.
Si Ayah : Gonjeng, kau ada nak ke mana - mana malam ni?
Anak : Oh, baru nak cakap, saya nak ke rumah kawan, kami nak belajar sama. Tak lama kan nak exam..
Ayah : Bagus! Nih, tengok handset ko ,apa maksud sms ni?
(ayahnya membentak sambil sebelah tangannya bergegar - gegar  nak menampar anaknya)


Anak : Lar...Ayah ni, buat tak tahu pula.. Ni kan sim kad ayah... Handset ayah kan rosak.Semalam ayah sendiri tukarkan simcard ayah dalam handset ni sebab kata nak tunggu sms penting'. Ayah dah lupa ke?, jawab si anak selamba..


Si ayah memandang ibu, dan si ibu pula memandang ayah dengan wajah singa yang hendak menerkam mangsa. Apa lagi, ayah terus lari keluar apabila dikejar oleh si Ibu dgn penyangkut baju......... :D

Tuesday, February 14, 2012

Crazy Creative & Weird Things

Guys, do you like unique, creative and different things?? 
What do think about these crazy creative stuffs..????


Creative, but for me its discusting.. 

Woman's Body

For Girls: Which one is belong to you??
For Boys: Which one do you like the most??
Choose your number



Sunday, February 12, 2012

You

You are really the best thing that I ever had. 

Im so thankful, that you're the one for me...





 I have heard it said so many times, "Love is blind"
So why are you staring?
You say that love is all we need, well
Does that apply to me?
'Cause I have found someone
That I think is beautiful
And I have fallen in love
And I'm telling you
She Means everything to me
She Makes me feel nothing else matters
Not even what the world thinks of me
They told me when I was a little girl, "Love's a pearl -
You're lucky if you find it,
So share that precious beauty with the world,"
Now suddenly they say I've got to hide it
But I have found true love
And there is nothing you can do
Just try and stop me, just try and stop us
Good luck to you, 'cause
She Means everything to me
She Makes me feel nothing else matters
Not even what the world thinks of me
(She...she...she...)
It's simple as can be
I love her, she loves me
This is what everybody dreams of
There's nothing to be afraid of, there's nothing to be afraid of, after all it's
only love ..... 'cause
She Means everything to me
She Makes me feel nothing else matters

- J.F -

Sunday, February 5, 2012

Kerinduan



Hatiku berbisik  cintaku abadi untukmu
Ku kunci rapat setiap lafazmu
Menjadi igauan fikiran
Cinta terpatri begitu bermakna
Janji diikat tersimpul rapi
Penantianmu takkan ku siakan
Dan ku balas dengan kesetiaan

Ku pujuk hati agar kuat
Ku pandang ke langit
Sinar cintamu menhangatkan rinduku
Jika bahagia diinginkan
Pandanglah sekeliling
Biarlah bunga cinta kita terus mekar
Mengharumi kehidupan ini

SuckSeed!! ห่วยขั้นเทพ (Huay Khan Thep)

Another my favourite movie.....



Title : Suck Seed ห่วยขั้นเทพ
Director : Chayanop Boonprakop
Cast : Jirayu La-Ongmanee, Natcha Nuanjam, Pashorn Jiratiwat, Thawat Pornrattanaprasert
Rating : 15+ ( Musical Comedy )
Release date in Thailand: March, 17 2011

     Filem yang pertama kali diarah oleh Chayanop Boonprakap ini sungguh menghiburkan. Beliau juga berani mengambil risiko dengan menampilkan pelakon -pelakon yang baru pertama kali berlakon. Suck Seed menceritakan kisah tentang kehidupan remaja di bangku sekolah tinggi. Mereka ingin membuktikan bahawa mereka hebat dalam sesuatu pekara.  Ped (Jirayu La- Ongmamee), suck dalam muzik dan meluahkan perasaan, Khung  (Pashorn Jiratiwat) yang merupakan sahabat Ped sejak kecil suck dengan saudara lembarnya yang mahir dalam muzik dan power dalam bermain gitar, manakala X (Thawat Pornrattanaprasert) suck untuk mendapatkan gadis idamannya. Cerita bermula ketika mereka masih kecil. Ped menaruh perasaan terhadap Earn (Natcha Nuanjam), namun tidak kesampaian kerana Earn berpindah ke Bangkok. Mereka bertemu kembali apabila Earn berpindah ke sekolah menengah mereka. 

    Kisah bermula apabila Khung secara tiba - tiba ingin membentuk sebuah band rock. Namun idea ini ditolak oleh Ped kerana dia tahu Khung selalu melakukan sesuatu separuh jalan dan tidak bersunguh - sungguh. Khung berkeras ingin menubuhkan band. Ped dipilih sebagai gitaris bass. Khung juga memilih X, seorang pemain bola keranjang yang hebat (konon) sebagai drummer. Impian mereka seakan menjadi kenyataan apabila mereka mendapati Earn seorang yang berbakat dalam bermain gitar dan mampu bermain dengan hebat. Akhirnya, Earn menyertai kumpulan mereka. Khung pada mulanya berniat menubuhkan band hanya untuk suka - suka. Namun, apabila dia merasakan dirinya tercabar dengan band Arena ( disertai oleh saudara kembar Khung, iaitu Kae), lalu dia memutuskan untuk membawa bandnya menyertai pertandingan Hot Music Awards. 



      Mereka kemudiaanya giat berlatih. Pada masa yang sama, Khung menaruh hati pada Earn. Dia memberitahu Ped bahawa dia nekad ingin meluahkan perasaannya kepada Earn. Khung ( telah lama menaruh perasaan pada Earn sejak kecil, namun tidak diketahui oleh sesiapa) berasa terkejut, namun Ped sanggup mengalah dan berkorban demi persahabatannya dengan Khung. Malangnya, Earn menolak cinta Khung sehingga menyebabkan Khung berasa suck dengan dirinya dan perempuan. Nasib yang sama menimpa X, apabila gadis idamannya ternyata terpikat dengan tomboy. Saat itu dia merasakan dirinya suck kerana gagal mendapatkan gadis pujaannya. Mereka memutuskan untuk fokus terhadap latihan. Earn keluar dari band mereka dan menyertai Arena. Walaupun gagal dalam percintaan, namun mereka ingin berjuang untuk berjaya memenangi pertandingan Hot Music Awards. Tibanya pada hari pertandingan, Khung kembali sukakan Earn, namun sesuatu kejadiaan yang suck berlaku apabila Khung mengetahui sesuatu di antara Earn dan Ped pada hari tersebut. Apakah yang sebenarnya yang berlaku?  Adakah Earn dan Ped mempunyai hubungan?? Adakah mereka suceed dalam pertandingan tersebut??  Saksikan filem ini untuk mengetahu kisah selanjutnya.






















Suck Seed  Trailer




Pendapat

    Saya amat menyukai filem ini kerana jalan ceritanya sangat kelakar. Dari mula hingga akhir, saya asyik gelak dengan lakonan mereka. Apa yang uniknya, wajah pelakon kanak - kanak dan ketika mereka dewasa memang sebijik. Filem ini sangat menarik ditonton kerana ia juga menyelitkan pengajaran kepada penonton. Setiap kejayaan bermula dari kegagalan. Sekali gagal, bukan bermakna gagal selama - lamanya. From suck to suceed!!

Tuesday, January 31, 2012

Jerawat & Cara Mengatasi





      Masalah jerawat timbul apabila liang - liang pori pada bahagian kulit tersumbat. Sekiranya plug berwarna putih, maka itu ialah whitehead, dan jika plug berwarna hitam, maka itu adalah blackhead. Jika lubang tersumbat yang mengandungi plug ini pecah, ia akan menjadi lebam kemerahan. Jerawat yang terlalu dalam pada kulit akan menyebabkan terjadinya cysts yang teruk dan menyakitkan.


      Masalah jerawat lazimnya dialami oleh golongan remaja. Hal ini kerana perubahan hormon yang menyebabkan kulit menjadi berminyak. Bukan sahaja para remaja, namun semua orang boleh mendapat jerawat, termasuklah bayi. Kalau anda tengok pada kulit pipi bayi, kadang - kadang terdapat jerawat kecil yang berwarna kemerahan. Malah, adik saya yang masih di bangku sekolah rendah juga mempunyai whitehead. Bila tengok, geram je nak picit.

Sebab -  sebab timbulnya jerawat :

--> Perubahan hormon yang berlaku disebabkan akil baligh, period
--> Stress yang berpanjangan
--> Kurang tidur / Tidak cukup tidur
--> Kelembapan dan berpeluh terlalu kerap
--> Pengambilan makanan & produk kosmetik & rambut yang berminyak (contohnya seperti  penggunaan minyak baby oil pada rambut )
--> Pengambilan ubat - ubatan tertentu seperti steroids, testosterone, estrogen, & phenytoin

Cara Mengatasi :
Paling penting ialah menjaga kebersihan diri dengan mencuci muka  1 atau 2 kali sehari. Kalau anda lepas exercise tu pun kena cuci muka, untuk pastikan peluh dan debu hilang. Tapi, anda tidak digalakkan selalu mencuci muka sebab kelembapan kulit akan kurang dan kulit akan menjadi kering. Selain itu, avoid guna skrub selalu. Paling ok pun, 1 or 2 kali seminggu coz boleh menyebabkan kulit terkupas.



JANGAN ....

# Terlalu kerap menyentuh muka, especially kalau tangan anda kotor atau berminyak.


# Biarkan rambut dalam keadaan berminyak. Sikat atau ikat rambut ke belakang bagi  mengelakkan rambut menyentuh bahagian muka.

# Menggunakan make - up terlalu tebal. Cukuplah secara sederhana, lagi - lagi kalau and  mengikuti aktiviti di bawah sinaran cahaya matahari. Muka anda akan berpeluh, dan sekiranya make - up anda terlalu tebal, ia akan menutup liang pori, dan kulit tidak dapat  bernafas. So, kalau dah tahu berjemur tu, tak payahla nak make-up2 ye... Pastikan muka   dicuci dengan sebersihnya selepas menggunakan make-up, escpecially sebelum tidur.

# Mengunakan headband atau topi terlalu ketat.

# Menggunakan produk atau krim yang berminyak dan menyebabkan kulit anda berpeluh. Sebaiknya gunalah produk yang berasaskan water-based / non comedogenic formula. Kalau anda rasa produk tu tak sesuai dengan kulit anda, hentikan penggunaan.

# Mengabaikan waktu tidur. Tidur  yang cukup amat penting untuk memastikan kulit anda juga mendapat rehat yang cukup.


Tips Menghilangkan Jerawat
#  Jangan sesekali memicit, memegang dan mencabut jerawat anda sebab itu   akan membuatkan jerawat anda makin teruk dan melarat.

#  Anda boleh tekapkan bungkusan ais di jerawat bagi mengurangkan rasa
     sakit dan kemerahan.

#  Sapukan krim jerawat seperti Asid krim / gel etinoic  (tretinoin, Retin-A), formulas of benzoyl peroxide, sulfur, resorcinol, atau salicylic acid, dan topical azelaic acidSaya dulu pernah satu krim jerawat ni dari produk CNI. Rasanya CNI dah tak keluarkan lagi krim ni. Memang berkesan. Sapu je kat jerawat yang baru nak jadi tu, then jerawat tu akan jadi kering dan terus hilang. Magic kan??


# Nak hilangkan blackhead dengan mudah? Senang je, gunakan kapas muka yang disapu putih telur. Lekatkan kapas yang disapu putih telur pada bahagian hidung. Biarkan melekat dalam masa 10 - 15 minit, then tarik perlahan -lahan. Anda akan dapat lihat whitehead and blackhead melekat pada kapas tersebut.


So, hope ini dapat membantu anda yang mengalami masalah kulit jerawat. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius, better pergi jumpa doktor dan dapatkan rawatan di klinik atau pusat penjagaan kulit wajah.


TAHUKAH ANDA??




Chocolate bukanlah penyebab jerawat. Chocolate mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi sesuai untuk rawatan kulit. Jadi tak heranlah kalau kini ramai orang mengunakan chocolate sebagai masker. Begitu juga dengan makanan bergoreng. Ingat, tak ada artikel pun mengaitkan sebarang makanan yang menyebabkan jerawat. Itu hanyalah MITOS. Chocolate dan makanan yang berkalori memang memudaratkan kesihatan, tetapi bukan mendatangkan jerawat. So, enjoy your food makanlah chocolate / makanan bergoreng tanpa was2 ( tapi dengan kuantiti sedikit semestinya ).

Monday, January 30, 2012

Wazzub? Is it REAL?

Hey WAZZUB! "THE POWER OF WE"




WAZZUB is in pre-launch until April 9, 2012. The more users that join our network through your personal link the more your $FACTOR will grow. Each new member 5 generations deep let your $FACTOR grow by 1. After launch we will pay 50% of WAZZUB's profits to our pre-launch members every month. We simply divide the earnings through the total amount of $FACTORs of all members. Let us say for June the rate per $FACTOR is US$1.00 and your personal $FACTOR is 3905. That means we will pay you 3905 x 1.00 = US$3905.00!


Wazzub, Is It Real Or Not???


Mendaftar di Wazzub adalah sangat simple. Anda hanya perlu daftar, sahkan email anda, dan mengumpul serta mengajak rakan anda untuk turut serta. Anda tidak perlu mengeluarkan 0.01$ pun untuk melayakkan anda menjadi ahli. Easy right? Wazzub menjanjikan $1 bagi seorang rakan. Bayangkan anda memperoleh 1000 rakan yang bergabung dengan anda, maka anda akan mendapat $ 1000 sebulan. Tapi persoalannya kini, adakah Wazzub hanya satu penipuan atau benar - benar wujud???
 

Sebab Kenapa Wazzub adalah scam (PENIPUAN) :

# Pendaftaran Percuma
# Mudah mencari member, iaitu dengan hanya promote link, and make sure  rakan anda sign up, then u'll get $1
# Tidak pernah dengar kewujudan Wazzub
# Anda fikir Wazzub mengenakan pendaftaran percuma, tapi mudah memberikan wang kepada anda. Betul ke Wazzub akan bayar?Mana datangnya duit mereka?

** Jika memang Wazzub tidak benar, anda tidak akan rugi apa - apa, cuma usaha anda mempromosikan link anda adalah sia - sia. Tapi, anda tidak harus menganggap itu adalah sia - sia. Bak kata pepatah " bersusah - susah dahulu, bersenang - senang kemudian" 

** Seandainya Wazzub adalah REAL. Maka, anda yang akan mendapat keuntungan. Tidak rugi sekiranya kita mencuba.

Secara logiknya, GOOGLE merupakan rangkaian yang begitu popular. GOOGLE mendapat 1$ per hari sekiranya seorang pengguna mengakses GOOGLE. Jadi, wajarlah  jika Wazzub mampu membayar ahlinya kerna jika kita mencari Wazzub di GOOGLE, GOOGLE akan mendapat untung, dah sudah tentu GOOGLE akan membayar kepada Wazzub. Dan Wazzub hanya membayar 1$ per bulan untuk seorang. Jadi apa tunggu lagi?????



DAFTARLAH SEKARANG !!!! JANGAN BERLENGAH LAGI. PELUANG HANYA DATANG SEKALI. SO, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. BERITAHU SEMUA TENTANG WAZZUB!!!  






KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR

Sunday, January 29, 2012

You Make Me Smile ツ


Since that day..
You stole my heart and you're the one to blame..


And that's why I smile
It's been a while
Since every day and everything has
Felt this right
And now you turn it all around
And suddenly you're all I need
The reason why I smile...
( Smile - Avril.L )





Kau umpama matahari, menyinari hidupku dengan kebahagiaan
Kau umpama muzik dalam simfoni hidupku..
Suaramu lembut menenangkan jiwa..
Kau ada di saat aku memerlukan

Kesabaranmu menambat hatiku
Berbatu - batu memisahkan bukan penghalang
Hariku berbunga mekar disirami kata - katamu
Rindumu tak pernah layu di atas perhatian berpanjangan

Di saat  cemburu merantai jiwa
Engkau putuskan dengan kunci pujukan
Tiada kedengaran nafas keluhan darimu
Aku kagumi itu

Setiap tingkah lakumu, kata -katamu,
Tidak pernah ku sesali
Kerna hanya dirimu abadi
Tetaplah di sisi hingga nafas terakhir



Cahaya kasih sayang tidak pernah padam 
Biarpun tiupan kemarahan sentiasa dirasa
Bibirku sentiasa terukir dengan senyuman
Hadirmu membuatkan hidupku lebih bermakna


                                                                                           Love,
                                                                                          Niena  


Saturday, January 28, 2012

Tips Make-Up #2 [ Kosmetik Asas ]

KOSMETIK ASAS [ BASIC COSMETICS ]





       Selain peralatan dasar, kosmetik dasar juga merupakan salah satu pelengkap untuk menghasilkan solekan yang sempurna. Di zaman moden ini, teknologi semakin canggih, banyak produk kosmetik telah dihasilkan. Sudah tentunya teradapat beribu - ribu produk kosmetik yang mepunyai pelbagai warna, rupa dan jenama yang dijual di pasaran. Oleh itu, kita sebagai wanita harus bijak memilih kosmetik yang matching dengan colour skin, dan selamat untuk kulit supaya tak menyebabkan alergi pada kulit. Kalau nak bersolek, bukan hanya tertumpu pada satau sahaja, tetapi merangkumi semua, iaitu, mata, pipi, bibir dan bahagian muka, then baru nampak solekan yang sempurna. So, jom kita lihat apakah kosmetik asas yang perlu ada.




  PELEMBAP ( MOISTURISER )




      Walaupun kulit kita memilik Natural Moisturising Factor ( NMF ), dan sebum yang menjaga dan memberi kelembapan pada kulit, tetapi apabila usia kita semakin meningkat kedua fungsi di atas akan berkurangan. Maka, pelembap adalah sangat penting untuk kulit wajah untuk memastikan  kelembapan dan kekenyalan kulit terpelihara. Selain pelembap yang mengandungi air sebagai bahan asas, (water-based) atau minyak (oil-based),  tinted moisteriser dengan kandungan warna yang sangat ringan juga boleh digunakan. Ia mampu menampakkan kulit kelihatan lebih cerah. Jadi, sebelum mengenakan apa-apa solekan, sebaik - baiknya kita perlu mengunakan pelembap terlebih dahulu supaya kulit kita tidak kering dan kasar.




 ALAS  BEDAK ( FOUNDATION )



     Dalam asas solekan, alas bedak / foundation adalah amat penting kerana ia mampu memperlihatkan kulit lebih mulus, licin dan berseri. Foundation boleh didapati dengan pelbagai tingkat warna (colour tone) dan tekstur, iaitu sama ada cair (liquid), padat (compact / stick), serbuk (powder), mousse dan krim. Kini foundation telah diformulasi dengan lebih baik, di mana dilengkapkan dengan perlindungan matahari (spf), tanpa kandungan minyak (oil-free),  serta foundation antioksidan dan anti penuaan. So, kiranya fungsi foundation bukan hanya sebagai bedak asas tapi juga mempunyai pelbagai fungsi lain. 




 CONCEALER



     Kosmetik ini berfungsi sebagai penyamar atau menutupi noda serta lingkaran hitam di sekitar  mata. Concealer boleh didapati dalam tekstur bahan yang berbeza, seperti krim, stick dan compact, serta mempunyai beberapa jenis fungsi , iaitu light-difussing (memberi kesan terang), scars and birthmarks (menyamarkan  kesan luka dan tanda lahir), dan blemish fighters ( menyamarkan noda pada kulit). Selain itu, concealer juga terdiri daripada beberapa warna, iaitu  Hijau yang berfungsi untuk mengatasi kulit kemerahan dan menutupi noda, Lila untuk menyamarkan kulit yang kendur, Biru pula untuk mereka yang berkulit pucat dan Aprikot untuk mencerahkan kulit lesu.




 BEDAK  ( POWDER )



       Bedak merupakan kosmetik terbaik untuk menjaga asas solekan, sekaligus memelihara kulit  dari berminyak serta memberi kesan kulit yang lembut dan mulus. Bedak terdiri daripada tekstur serbuk  atau tabur (loose powder), serta pada (pressed / compact powder). Bagi mendapatkan hasil sapuan bedak yang baik, gunakanlah puff (velour puff) span khusus untuk bedak.



  PERONA PIPI ( BLUSH ON )





       Seperti yang kita tahu, blusher atau perona pipi ini membuatkan wajah kita tampak segar dan  charming. Kalau kita lihat dulu blusher yang ada hanya bertekstur serbuk, tapi kini perona pipi boleh didapati dengan variasi tekstur yang lain seperti, gel, krim, cair, dan padat. Kita boleh  mengaplikasikan perona pipi dengan menggunakan berus atau jemari. Selain itu, cara sapuan perona pipi juga berbeza - beza mengikut kesesuaian bentuk wajah dan kesan solekan yang diinginkan. Kalau setakat nak jalan - jalan tu, no need la nak guna blusher tebal2. Over plak... Cukuplak sekali dua sapu pun dah memadai.



   LIP  GLOSS



      Lip gloss fungsinya adalah untuk mengilatkan bibir supaya kelihatan lebih seksi, selain memberi kesan bibir bervolume dan segar dengan segera. Lip gloss terdiri daripada jenis yang berwarna (tinted), serta yang tidak berwarna (clear). Lip gloss diaplikasikan di atas bibir yang telah disapukan lipstick. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, sebaiknya sapukan lip gloss  pada bahagian tengah bibir, kemudian ratakan secara perlahan. Lip gloss boleh didapati sama ada bertekstur cair, padat dan krim / balsem. Selain tiu, lip gloss juga tersedia dengan variasi perasa buah -buahan, seperti peach, strawberi dan sebagainya.




   GINCU BIBIR ( LIPSTICK )


        Lipstick pula berfungsi memberi warna pada bibir agar bibir kelihatan segar, di samping menyempurnakan solekan. Kini lipstick tersedia dengan pelbagai warna,  serta formula seperti, long-wearing (tahan lama tetapi mebuatkan kulit bibir kering), transfer-resistant   ( tahan lama sehingga 8 jam tanpa membuatkan bibir menjadi kering), frosted/shimmery (memberi efek kilauan mewah pada bibir), matte (warna yang kuat tetapi tidak mengandungi pelembap), moisturizing (mengandungi pelembap),  dan satin/sheering (mengilat dan mengandungi pelembap dengan warna yang begitu lembut). So, sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi pelembap supaya bibir anda tidak terasa kering. Untuk memastikan lipstick anda tahan lama gunakan lip liner. Saat anda ingin minum air, dan tidak ingin kesan lipstick melekat di bibir gelas, jilat sedikit di bibir gelas, supaya ia basah lipstick anda takkan melekat di gelas tersebut. Ha, nak tahu, saya juga selalu gunakan lipstick as blush.(Kadang2 bila blusher dah habis).Sebenarnya, memang boleh! Tapi, jangan gunakan blusher as lipstick pula ye..


  LIPLINER / LIP PENCIL


     Pensil garisan bibir ini berfungsi sebagai bingkai bibir. Lipliner digunakan sebelum mencalitkan gincu. Lipliner diukir mengikut garisan dan bentuk bibir untuk meperlihatkan bentuk bibir yang lebih ideal. Walaupun tekstur lipliner agak padat, namun cukup licin untuk diaplikasikan pada kulit bibir. Untuk solekan yang lebih sempurna, lukiskan garisan bibir di seluruh bahagian bibir sesuai /padan dengan warna lipstick yang ingin anda guna, sekaligus will ensure that your lipstick last longer. Selain itu, ia akan membuatkan bibir anda tampak mugil dan seksi serta solekan bibir tampak rapi dan kemas. Try la..




PEMBAYANG  MATA (EYESHADOW)




      Eyeshow berfungsi sebagai pembayang / perwarna mata. Tersedia dengan pelbagai variasi warna dan tekstur, seperti serbuk (powder), krim, padat ( bentuk pensil, compact, atau stick), dan liquid-to-creamy (kebiasannya disimpan dalam bentuk tube). Selain itu, eyeshadow juga dihasilkan dengan formula yang berbeza, contonhya, matte, pearlised (berkilat seperti pasir), shimmer and glossy. Cara sapuan eyeshadow juga adalah berbeza mengikut gaya solekan. If saya, saya lebih prefer shiny black, coz warna ni make my eyes look bigger. Hehe..




  EYELINER




     Kalau lipliner tadi berfungsi sebagai bingkai bibir, jadi eyeliner pula berfungsi sebagai bingkai mata. Eyeliner ini berperanan membentuk, mengoreksi dan membuka mata. Kebiasaannya eyeliner disediakan dalam bentuk liquid, namun terdapat juga yang bertekstur padat, iaitu dalam bentuk pensil. Jurumake-up yang profesional kebiasaannya hanya menggunakan eyeshadow berwarna hitam, sama ada krim, or compact sebagai pengganti eyeliner. Jadi, kalau anda menginginkan  bentuk mata yang bulat and besar, gunalah eyeliner.  Selain itu, ia juga mampu menyerlahkan lagi bentuk mata anda.




** Kosmetik yang biasa saya gunakan ialah dari produk Avon, Mac and Maybelline. Biasanya saya x kisah jenama apapun, asalkan colour n formulanya memang bagus. Apapun, wanita memang sinonim dengan kecantikan, tapi janganlah terlalu obses nak nampak cantik sangat sampai semua produk pun nak cuba. Jangan sampai membinasakan wajah anda. Pilih yang cocok dengan keadaan dan kesesuaian kulit. Well, natural is the best. Right..?  ^^v

There was an error in this gadget