Friday, March 23, 2012

Joke 4# Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya...

Isteri: Abang.. abang tau x, tadi malam ayang bermimpi abang menghadiahkan ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Emm.. ayang rasa macam real je..

Suami: Yeke yang?

Isteri: Ye bang.. ayang happy sangat masa tu. Abang rasa apa maksud mimpi ayang tu? Hehe...

Suami: Oh, xpe, ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak. ( jawab suaminya sambil membisik manja. )

Isterinya tersenyum lebar dan tidak sabar untuk menunggu waktu malam. Dan, malam itu si suami setibanya suami di rumah, isteri terus menyambut suaminya dengan penuh perasaan gembira, dan hatinya teruja apabila melihat di tangan suaminya terdapat satu bungkusan hadiah.. 

 Lalu, suami memberikan kepada isterinya bungkusan hadiah tersebut.
Dengan hati berdebar-debar & penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan alangkah terkejutnya isteri apabila mendapati isi bungkusan hadiah tersebut adalah
 

sebuah buku yang berjudul.. “Jenis-Jenis Mimpi dan Maksudnya“...

0 What They Say?:

Post a Comment

There was an error in this gadget