Tuesday, January 31, 2012

Jerawat & Cara Mengatasi





      Masalah jerawat timbul apabila liang - liang pori pada bahagian kulit tersumbat. Sekiranya plug berwarna putih, maka itu ialah whitehead, dan jika plug berwarna hitam, maka itu adalah blackhead. Jika lubang tersumbat yang mengandungi plug ini pecah, ia akan menjadi lebam kemerahan. Jerawat yang terlalu dalam pada kulit akan menyebabkan terjadinya cysts yang teruk dan menyakitkan.


      Masalah jerawat lazimnya dialami oleh golongan remaja. Hal ini kerana perubahan hormon yang menyebabkan kulit menjadi berminyak. Bukan sahaja para remaja, namun semua orang boleh mendapat jerawat, termasuklah bayi. Kalau anda tengok pada kulit pipi bayi, kadang - kadang terdapat jerawat kecil yang berwarna kemerahan. Malah, adik saya yang masih di bangku sekolah rendah juga mempunyai whitehead. Bila tengok, geram je nak picit.

Sebab -  sebab timbulnya jerawat :

--> Perubahan hormon yang berlaku disebabkan akil baligh, period
--> Stress yang berpanjangan
--> Kurang tidur / Tidak cukup tidur
--> Kelembapan dan berpeluh terlalu kerap
--> Pengambilan makanan & produk kosmetik & rambut yang berminyak (contohnya seperti  penggunaan minyak baby oil pada rambut )
--> Pengambilan ubat - ubatan tertentu seperti steroids, testosterone, estrogen, & phenytoin

Cara Mengatasi :
Paling penting ialah menjaga kebersihan diri dengan mencuci muka  1 atau 2 kali sehari. Kalau anda lepas exercise tu pun kena cuci muka, untuk pastikan peluh dan debu hilang. Tapi, anda tidak digalakkan selalu mencuci muka sebab kelembapan kulit akan kurang dan kulit akan menjadi kering. Selain itu, avoid guna skrub selalu. Paling ok pun, 1 or 2 kali seminggu coz boleh menyebabkan kulit terkupas.



JANGAN ....

# Terlalu kerap menyentuh muka, especially kalau tangan anda kotor atau berminyak.


# Biarkan rambut dalam keadaan berminyak. Sikat atau ikat rambut ke belakang bagi  mengelakkan rambut menyentuh bahagian muka.

# Menggunakan make - up terlalu tebal. Cukuplah secara sederhana, lagi - lagi kalau and  mengikuti aktiviti di bawah sinaran cahaya matahari. Muka anda akan berpeluh, dan sekiranya make - up anda terlalu tebal, ia akan menutup liang pori, dan kulit tidak dapat  bernafas. So, kalau dah tahu berjemur tu, tak payahla nak make-up2 ye... Pastikan muka   dicuci dengan sebersihnya selepas menggunakan make-up, escpecially sebelum tidur.

# Mengunakan headband atau topi terlalu ketat.

# Menggunakan produk atau krim yang berminyak dan menyebabkan kulit anda berpeluh. Sebaiknya gunalah produk yang berasaskan water-based / non comedogenic formula. Kalau anda rasa produk tu tak sesuai dengan kulit anda, hentikan penggunaan.

# Mengabaikan waktu tidur. Tidur  yang cukup amat penting untuk memastikan kulit anda juga mendapat rehat yang cukup.


Tips Menghilangkan Jerawat
#  Jangan sesekali memicit, memegang dan mencabut jerawat anda sebab itu   akan membuatkan jerawat anda makin teruk dan melarat.

#  Anda boleh tekapkan bungkusan ais di jerawat bagi mengurangkan rasa
     sakit dan kemerahan.

#  Sapukan krim jerawat seperti Asid krim / gel etinoic  (tretinoin, Retin-A), formulas of benzoyl peroxide, sulfur, resorcinol, atau salicylic acid, dan topical azelaic acidSaya dulu pernah satu krim jerawat ni dari produk CNI. Rasanya CNI dah tak keluarkan lagi krim ni. Memang berkesan. Sapu je kat jerawat yang baru nak jadi tu, then jerawat tu akan jadi kering dan terus hilang. Magic kan??


# Nak hilangkan blackhead dengan mudah? Senang je, gunakan kapas muka yang disapu putih telur. Lekatkan kapas yang disapu putih telur pada bahagian hidung. Biarkan melekat dalam masa 10 - 15 minit, then tarik perlahan -lahan. Anda akan dapat lihat whitehead and blackhead melekat pada kapas tersebut.


So, hope ini dapat membantu anda yang mengalami masalah kulit jerawat. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius, better pergi jumpa doktor dan dapatkan rawatan di klinik atau pusat penjagaan kulit wajah.


TAHUKAH ANDA??




Chocolate bukanlah penyebab jerawat. Chocolate mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi sesuai untuk rawatan kulit. Jadi tak heranlah kalau kini ramai orang mengunakan chocolate sebagai masker. Begitu juga dengan makanan bergoreng. Ingat, tak ada artikel pun mengaitkan sebarang makanan yang menyebabkan jerawat. Itu hanyalah MITOS. Chocolate dan makanan yang berkalori memang memudaratkan kesihatan, tetapi bukan mendatangkan jerawat. So, enjoy your food makanlah chocolate / makanan bergoreng tanpa was2 ( tapi dengan kuantiti sedikit semestinya ).

0 What They Say?:

Post a Comment