Sunday, January 22, 2012

Women's Secret

EMERGENCY  BRA [ EB ]


      Bra Kecemasan ( Emergency Bra ) bukan seperti bra biasa. Bra ini mempunyai dwifungsi, or DD ( Double Duty )yang bukan sahaja melindungi payu dara malah juga bertindak sebagai topeng gas. Mungkin bagi anda berasa hairan dan lucu apabila mendengar bra diguna sebagai topeng gas. Tapi bagi Dr. Elena Bodnar, ia bukanlah sesuatu yang kelakar lebih-lebih lagi apabila anda berada di situasi antara hidup dan mati, dan ketika itulah bra kecemasan ini amat diperlukan. Dr. Bodnar merupakan pengasas dan Presiden Trauma Risk Management Research Institute di Chicago. Beliau memulakan kerjaya profesional sebagai seorang doktor di Ukraine , di mana beliau mengambila bahagian dalam pemindahan dan rawatan kanak - kanak dari Chernobyl. Melalui pengalaman inilah tercetusnya idea untuk mencipta bra kecemasan ini. Kenangan manis bagi beliau adalah apabila dianugerahkan Nobel Prize in Public Health pada tahun 2009.


ABOUT
        Emergency Bra berfungsi sebagai konvensional bra, di mana ia boleh ditukarkan menjadi dua topeng muka pada satu - satu masa kecemasan tanpa perlu menanggalkan pakaian. Dalam saat - saat kecemasan, sekiranya tidak terdapat alat - alat kecemasan yang khusus di sekeliling anda, emergency bra boleh digunakan, di mana bra ini boleh mengurangkan penyedutan zarah-zarah berbahaya dalam udara. Memandangkan emergency bra ini boleh dipasangkan di kepala, ia akan membebaskan  tangan penyelamat ketika berlari, dan menyingkirkan objek - objek yang merbahaya. Selain itu, dalam keadaan - keadaan tertentu juga,  emergency bra ini juga boleh mengurangkan serangan panik  kerana anda ini akan berasa selamat dan dilindungi ketika menggunakan emergency bra ini.








Menakjubkan!!

* Bagi anda yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai " Emergency Bra" ini bolehlah berkunjung ke EBBRA. 

0 What They Say?:

Post a Comment