Friday, January 27, 2012

Sukan Oh Sukan!

-->> 5.05 am oredy. Haha.. I cant sleep lorh. I dont know what should I do, so saya ambil kesempatan ini untuk menulis another story about myself. Sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa, tapi saya nak cerita about my interest. Antara pekara yang paling saya suka ialah SUKAN. Dari sekolah rendah lagi saya memang aktif dalam bidang sukan ni. Sukan salah satu jiwa saya. One of my favourite sports  is Bola Jaring ( Netball).




About


      Saya nak cerita sikit tentang sejarah bola jaring ni. Seperti yang kita tahu, bola jaring adalah game secara berpasukan tanpa sentuhan. Game ini berasal dari Amerika Syarikat dan permainannya hampir sama dengan bola keranjang (basketball). Game ini direka oleh  Clara Gregory Baer. Pasukan wanita yang mempunyai permainan sukan yang cemerlang adalah dari negara Australia dan New Zealand. Bola jaring juga sangat popular di Indies Barat, Sri Lanka dan United Kingdom.Terdapat  tujuh orang pemain utama dalam sesebuah pasukan.

     Walaupun saya ni agak "pendek" sikit orangnya, tapi no hal punya. Saya selalu bermain dalam posisi, Goal Shooter (GS), Goal Attack (GA) dan Wing Attack (WA). Kalau nak suruh jadi GD or GK tu, better janganlah. Hehe...Bukan nak puji diri la, but Im quite good in shooting ball into the net ni. Even though saya ni kontot, tapi saya juga boleh shoot dengan baik, cuma kalau GK or GD pihak lawan tu tinggi sangat, so, saya takkan jadi GA, or GS. Saya masih ingat lagi, time sekolah rendah, saya dan rakan - rakan akan berlatih setiap petang. Dulu, masa sekolah rendah, terdapat dua aliran, iaitu Melayu & Chinese. So, sebelah kelas aliran Melayu ada blok aliran Cina. Kadang - kadang waktu rehat tu adalah classwalking kat blok cina tu. Sekadar cuci2 mata katakan. Hehe... Then, sukan bola jaring still saya jin sampai ke sekolah menengah. Pernah juga mewakili sekolah, lebih dari tu tak ada la. Saya kan pendek. Lol! Bagi saya, bukan senang nak main bola jaring ni because kita kan jaga pergerakan, larian dan sentuhan kita. Selain itu, kecekapan menangkap dan memasing bola juga amat penting. Contohnya, if dalam pasukan anda terdapat seorang shooter yang hebat macamna pun, if ahli - ahli yang lain asyik lolos bola, dan salah pasing pun tidak menguntungkan. Apapun, saya memang suka main bola jaring. Memang fun giler!
** Kalau la saya tinggi, pasti saya sudah jadi atlit negara ( perasan! )


Next, sukan yang menjadi favourite saya juga ialah HOKI ( HOCKEY ). 

About

    "Hoki" adalah berasal daripada bahasa Perancis "hoquet" yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris menjadi "hockey". Terjemah dalam bahasa Melayu pula, "Hoki". :) Hoki dimainkan oleh lelaki dan wanita. Hoki juga merupakan sukann berpasukan. Terdapat dua jenis game hoki, iaitu hoki padang dan hoki ais. Tapi, di negara kita tak ada salji, maka takdalah ais, maka tak adalah sukan hoki ais.  Kalau nak dicerita sejarah hoki di Malaysia, lebih kurang sama dengan sejarah hoki India. Game ini dibawa masuk oleh British pada 1892. Kemudian, pada 1923, Malaya telah menubuhkan sebuah pasukan hoki  dan game pertama adalah menentang India. Sekarang, terdapat juga game hoki indoor & outdoor . Sesebuah pasukan hoki padang mempunyai sebelas orang pemain tetap. Untuk game indoor pulak ada 5 orang pemain tetap.




     Pada mulanya, saya langsung tak berminat untuk join sukan hoki ini. Yelah, kalau dengar hoki je, mesti gerun. Tapi, gara - gara abang sayalah saya akhirnya mengilai sukan ini. Abang saya merupakan salah seorang pemain hoki negeri Sarawak. Kira saya ni mewarisi la. Hehe...  Time mula - mula saya terlibat dalam sukan ini ialah ketika saya berumur 13 tahun ( Form 1 ). Masa tu, saya nampak notis pengambilan  pemain hoki Tunas Cemerlang. Then, my brother me to join. First, saya tolak, coz saya memang tak minat and takut nak main. Then, he said kalau saya main, saya boleh pergi KL. Whatz??? Apalagi, esoknya terus saya daftar nama and pegi ikut pemilihan.  Sejak itulah saya mula meminati sukan hoki dan terus menjadi pemain hoki tegar. Saya biasa bermain sebagai back / defend. Haha.. masa sekolah menengah saya memang aktif dalam sukan hoki juga. Kadang - kadang, saya terpaksa pilih , nak ikut latihan antara hoki atau bola jaring. Kebetulan tarikh pertandingan untuk kedua - dua sukan adalah sama. So, nak join dua2, memang tak dapat. So, saya pilih hoki lah. Terlalu banyak kenangan saya dalam sukan ini. Kalau nak cerita memang panjang lebar. Kerana sukan inilah saya ada travel' ke Sarikei, dan  Bintulu. Saya hampir2 dihantar untuk menjalani latihan di KL, tapi tak jadi di atas sebab - sebab tertentu. Pada ketika itu, memang saya rasa sedih sangat. Kalaulah hal itu tak terjadi, mesti saya dah ke KL time tu. Saya juga pernaj injured gara -gara kena hit. Adoii, sakit memang tak payah cakaplah. Sepanjang penglibatan saya joined hoki, saya telah mewakili sehingga ke peringkat bahagian. Memang best gilerr!! 


      Kenangan bergabung dengan SMK Tebakang memang tak akan dilupakan. Sepanjang menghabiskan tempoh latihan di SMK Tebakang memang memberi banyak kenangan manis. Kenangan pahit pula, saya dimarahi oleh salah seorang guru sampai saya menangis sebab saya selalu tak masuk kelas sebab joined game hoki. Tapi, saya bersabar, dan saya tak pernah melupakan pelajaran. Suka duka ketika perlawanan memang terpahat dalam memori. Paling saya ingat, time tu nak lawan sebuah team ni. Nampak pemain diorang, fuhh, memang dashyat. Hampir kesemua pemainnya berambut pendek. Dahla muka mereka ganas - ganas semua. Time tu saya memang gerun sangat. Tapi, bila dah bertemu kat padang, kami menewaskan mereka dengan score 6-0. Gempak, bukan??? Haha...Saya amat menghormati dan menyanjungi sifu saya, iaitu Cikgu Mahran Kipli. Beliau merupakan seorang jurulatih hoki yang berkaliber dan profesional. Beliau juga seorang yang penyabar dan lembut ketika berutur. Sporting dan juga lucu. Begitu dengan Cikgu Mary Vivian, dan Cikgu Edmund. Jasa mereka tidak akan saya lupakan sampai bila - bila. Sedihnya bila teringat kenangan ketika di sekolah bersama - sama rakan - rakan dan guru - guru. Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai pengalaman dalam sukan ini. Terima Kasih kepada rakan - rakan,my brother  dan jurulatih2 yang disayangi. 

         Kalau dilihat pada luaran memang game hoki ini berbahaya. Kita juga kena kuasai banyak kemahiran, seperti menghantar bola, mengelecek, memukul, dan menahan bola. Kadang - kadang juga, sakit pinggang bila dah lama sangat tunduk. Tapi setiap apa yang kita lakukan, harus bermula dari minat. Apabila kita menanam rasa minat terhadap sesuatu itu, pasti kita akan berasa seronok dan sayang terhadap sesuatu itu. Begitulah juga dengan sukan ini. Saya amat meminati sukan hoki & bola jaring. Saya tak takut main game ini sebab saya rasa seronok sangat join sukan ini. Walaupun kulit saya jadi hitam legam gara -gara terlalu aktif bersukan, saya tak kisah. Kalau anda dah minat, tiada apa yang mampu menghalang anda untuk teruskan minat anda. Bersukan juga baik untuk kesihatan. So, sapa - sapa antara anda yang tak pernah bersukan tu, mula lah berjinak - jinak dalam bidang sukan ini. Tak rugi punya. Hehe.. Majulah sukan untuk negara!!

0 What They Say?:

Post a Comment

There was an error in this gadget