Monday, January 23, 2012

Virgin Series #3

Virgin 3 [ Satu Malam Mengubah Segalanya ]


Hye Guys!! Nah.. ini dia sekuel dari Virgin 1 & 2. Virgin 3 muncul selepas 3 tahun, dan pengarah kali ini sama dengan Virgin 2. Memang gempak. Saya dah tonton filem ni pada bulan Januari 2011. Lama sudah kan, tapi saya ingin juga berkongsi dengan para pembaca sekalian. Virgin 3 kali ini lebih memaparkan banyak aksi yang mendebarkan dan kelihatan agak ganas. Pelakon - pelakon yang terlibat dengan filem ini berbeza dengan sebelumnya. Semuanya "cewek - cewek cakep", juga penampilan khas, "Raffi Ahmad." 


So, let's check it out!








Judul : Virgin 3 [ Satu Malam Mengubah Segalanya ]
Pengarah : Nayato Fio Nuala
Pelakon : Irish Bella, Shapira Indah, Gege Elisa, Yessa Iona Gaffar, Alex Abad, 
                    Fero Walandouw,Raffi Ahmad
Penerbit : Kharisma Star Vision Plus
Tarikh Tayangan Pertama di Indonesia : 17 March 2011


       Kisah filem ini dimulakan dengan perbincangan kencang antara empat orang sahabat yang sangat rapat. Mereka semuanya masih remaja yang berumur 16 tahun. Putri ( Yessa Iona Gaffar ) bakal berpindah ke Melbourne. Maka, mereka semua merancang ingin meraikan hari terakhir mereka bersama Putri, di samping Sherry (Irish Bella), mencadangkan agar mereka juga meraikan ulang tahun "sweet 16" Putri yang tidak sempat disambut sebelumnya sekali. Sherry ingin agar mereka menyertai party di sebuah kelab malam. Idea ini kurang disenangi oleh Dini ( Saphira Indah Pochi ). Hal ini kerana Dini bukanlah gadis yang gemar bersosial, dan juga terlalu taat kepada ibunya. Dini juga mengalami penyakit diabetes. Manakala Tika (Gege Elisa) hanya mengikuti sahaja rancangan teman - temannya.





      Walaupun mereka masih di bawah umur, mereka nekad dan dengan bantuan Tyo (seorang photographer), mereka berjaya masuk ke kelab malam yang sangat eksklusif itu. Di situlah segala - galanya terjadi. " Seperti rusa masuk kampung", mereka sangat teruja apabila berada di situ, lagi - lagi apabila artis pujaan mereka yang "ganteng", iaitu Ben (Fero Walandouw) turut membuat persembahan pada malam ini. Mereka yang belum pernah "bersosial"  diberi minum sehingga mabuk. Sememangnya terlalu banyak kejutan dunia luar yang menanti mereka.  Satu persatu masalah menimpa mereka. Mereka ditangkap dan Tika yang dipaksa menjadi model video lucah dirakam, malah Sherry telah diperdaya dan diperkosa sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada rahimnya. 

    Namun, mujur mereka dapat diselamatkan oleh Allan (Alex Abbad), seorang wartawan yang mejalankan penyelidikan tentang "human trackking". Keadaan mereka sangat teruk. Oleh itu, Allan segera membawa mereka ke hotel. Keesokkan paginya, mereka sedar dalam kelam kabut apabila menyedari keadaan mereka yang hampir bogel. Akibat terlalu mabuk, mereka lupa tentang kejadian tragis yang menimpa mereka semalam, dan melarikan diri apabila menyedari kehadiran Allan sebagai ancaman. Allan bagaimanapun berusaha mengejar mereka. Dalam usaha mereka melarikan diri, keadaan menjadi lebih panik apabila mereka mendapati Putri hilang. Allan berjaya menemui mereka yang bersama Ben dan menjelaskan identiti dirinya sebenar. Lebih mengejutkan apabila Tyo adalah dalang dalam insiden ini. Satu malam mengubah segalanya. 

Persoalannya kini, adakah mereka berhasil menemui Putri kembali?
Bagaimanakah Sherry menghadapi traumanya?
Adakah video rakaman Tika benar - benar telah dirakam?
Bagaimana nasib Dini seandainya peristiwa ini diketahui oleh ibunya??
Atau.........
Adakah ini semua mimpi??????
Anda harus tonton filem ini untuk mendapatkan jawapan dan merasai debarannya  sendiri!





















Virgin 3 [Satu Malam Mengubah Segalanya] Trailer




ULASAN

       Saya berpendapat filem Virgin The Series ini sangat "impressive". Dari Virgin 1 ~ Virgin 3, kesemua plot ceritanya menarik dan mempunyai keunikkannya yang tersendiri.  Apa yang ketara ialah ketiga-tiganya memfokuskan persahabatan, dan kehidupan sosial golongan remaja. Filem sebegini wajar ditonton oleh anda semua, khususnya para remaja, dan ibu bapa. Realitinya, filem ini memaparkan kisah sebenar pergaulan remaja pada masa kini. Saya dapat melihat dengan jelas mesej sebenar yang ingin disampaikan dalam filem ini. Remaja akan dapat melihat impak buruk akibat pergaulan bebas   . Kita janganlah terlalu mengikut nafsu dan fikirkan baik dan buruk sesuatu pekara sebelum mengambil sesuatu tindakan. Semoga selepas menonton filem ini, para remaja akan menjadikan kisah filem ini sebagai pengajaran agar nasib buruk tidak menimpa ke atas diri sepertimana yang terjadi dalam filem ini. Janganlah seperti pepatah "menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Apapun, saya menunggu kemunculan Virgin 4. (Kalau ada sambungan...).
                                               

0 What They Say?:

Post a Comment