Showing posts with label Film Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Film Indonesia. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Virgin Series #3

Virgin 3 [ Satu Malam Mengubah Segalanya ]


Hye Guys!! Nah.. ini dia sekuel dari Virgin 1 & 2. Virgin 3 muncul selepas 3 tahun, dan pengarah kali ini sama dengan Virgin 2. Memang gempak. Saya dah tonton filem ni pada bulan Januari 2011. Lama sudah kan, tapi saya ingin juga berkongsi dengan para pembaca sekalian. Virgin 3 kali ini lebih memaparkan banyak aksi yang mendebarkan dan kelihatan agak ganas. Pelakon - pelakon yang terlibat dengan filem ini berbeza dengan sebelumnya. Semuanya "cewek - cewek cakep", juga penampilan khas, "Raffi Ahmad." 


So, let's check it out!








Judul : Virgin 3 [ Satu Malam Mengubah Segalanya ]
Pengarah : Nayato Fio Nuala
Pelakon : Irish Bella, Shapira Indah, Gege Elisa, Yessa Iona Gaffar, Alex Abad, 
                    Fero Walandouw,Raffi Ahmad
Penerbit : Kharisma Star Vision Plus
Tarikh Tayangan Pertama di Indonesia : 17 March 2011


       Kisah filem ini dimulakan dengan perbincangan kencang antara empat orang sahabat yang sangat rapat. Mereka semuanya masih remaja yang berumur 16 tahun. Putri ( Yessa Iona Gaffar ) bakal berpindah ke Melbourne. Maka, mereka semua merancang ingin meraikan hari terakhir mereka bersama Putri, di samping Sherry (Irish Bella), mencadangkan agar mereka juga meraikan ulang tahun "sweet 16" Putri yang tidak sempat disambut sebelumnya sekali. Sherry ingin agar mereka menyertai party di sebuah kelab malam. Idea ini kurang disenangi oleh Dini ( Saphira Indah Pochi ). Hal ini kerana Dini bukanlah gadis yang gemar bersosial, dan juga terlalu taat kepada ibunya. Dini juga mengalami penyakit diabetes. Manakala Tika (Gege Elisa) hanya mengikuti sahaja rancangan teman - temannya.





      Walaupun mereka masih di bawah umur, mereka nekad dan dengan bantuan Tyo (seorang photographer), mereka berjaya masuk ke kelab malam yang sangat eksklusif itu. Di situlah segala - galanya terjadi. " Seperti rusa masuk kampung", mereka sangat teruja apabila berada di situ, lagi - lagi apabila artis pujaan mereka yang "ganteng", iaitu Ben (Fero Walandouw) turut membuat persembahan pada malam ini. Mereka yang belum pernah "bersosial"  diberi minum sehingga mabuk. Sememangnya terlalu banyak kejutan dunia luar yang menanti mereka.  Satu persatu masalah menimpa mereka. Mereka ditangkap dan Tika yang dipaksa menjadi model video lucah dirakam, malah Sherry telah diperdaya dan diperkosa sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada rahimnya. 

    Namun, mujur mereka dapat diselamatkan oleh Allan (Alex Abbad), seorang wartawan yang mejalankan penyelidikan tentang "human trackking". Keadaan mereka sangat teruk. Oleh itu, Allan segera membawa mereka ke hotel. Keesokkan paginya, mereka sedar dalam kelam kabut apabila menyedari keadaan mereka yang hampir bogel. Akibat terlalu mabuk, mereka lupa tentang kejadian tragis yang menimpa mereka semalam, dan melarikan diri apabila menyedari kehadiran Allan sebagai ancaman. Allan bagaimanapun berusaha mengejar mereka. Dalam usaha mereka melarikan diri, keadaan menjadi lebih panik apabila mereka mendapati Putri hilang. Allan berjaya menemui mereka yang bersama Ben dan menjelaskan identiti dirinya sebenar. Lebih mengejutkan apabila Tyo adalah dalang dalam insiden ini. Satu malam mengubah segalanya. 

Persoalannya kini, adakah mereka berhasil menemui Putri kembali?
Bagaimanakah Sherry menghadapi traumanya?
Adakah video rakaman Tika benar - benar telah dirakam?
Bagaimana nasib Dini seandainya peristiwa ini diketahui oleh ibunya??
Atau.........
Adakah ini semua mimpi??????
Anda harus tonton filem ini untuk mendapatkan jawapan dan merasai debarannya  sendiri!





















Virgin 3 [Satu Malam Mengubah Segalanya] Trailer




ULASAN

       Saya berpendapat filem Virgin The Series ini sangat "impressive". Dari Virgin 1 ~ Virgin 3, kesemua plot ceritanya menarik dan mempunyai keunikkannya yang tersendiri.  Apa yang ketara ialah ketiga-tiganya memfokuskan persahabatan, dan kehidupan sosial golongan remaja. Filem sebegini wajar ditonton oleh anda semua, khususnya para remaja, dan ibu bapa. Realitinya, filem ini memaparkan kisah sebenar pergaulan remaja pada masa kini. Saya dapat melihat dengan jelas mesej sebenar yang ingin disampaikan dalam filem ini. Remaja akan dapat melihat impak buruk akibat pergaulan bebas   . Kita janganlah terlalu mengikut nafsu dan fikirkan baik dan buruk sesuatu pekara sebelum mengambil sesuatu tindakan. Semoga selepas menonton filem ini, para remaja akan menjadikan kisah filem ini sebagai pengajaran agar nasib buruk tidak menimpa ke atas diri sepertimana yang terjadi dalam filem ini. Janganlah seperti pepatah "menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Apapun, saya menunggu kemunculan Virgin 4. (Kalau ada sambungan...).
                                               

Saturday, January 21, 2012

Virgin Series #2

Virgin 2  [ Bukan Film Porno ]


Inilah adalah series kedua selepas filem Virgin 1. Filem kali ini juga memaparkan erti sebuah persahabatan golongan remaja di kota metropolitan dan perngorbanan seorang sahabat demi sahabat. Virgin 2, hasil  kesinambungan daripada prekuel Virgin Ketika Keperawanan Dipertanyakan ini melibatkan pelakon-pelakon bukan dari Virgin 1, dan lebih banyak watak ditonjolkan, tetapi memfokuskan jalan cerita yang lebih khusus.


Judul : Virgin 2 [ Bukan Film Porno ]
Pengarah : Nayato Fio Nuala
Pelakon : Joanna Alexandra, Christina Santika, Wichita Satari, Smitha Anjani, Yama Carlos, Neyna Lisa Bartlett, dan Ramon Y Tungka.
Penerbit : PT Kharisma Starvision  Plus
Tarikh Tayangan Pertama di Indonesia : 28 Mei 2009

     Ramai yang mengandaikan film Virgin ini film yang seakan - akan film porno kerna memaparkan penampilan 'actress' yang seksi. Virgin 2 lebih banyak memaparkan adegan yang lebih berani berbanding Virgin siri pertama. Namun, film ini bukanlah film porno, tetapi film ini membawa kita menyelami pergaulan remaja kini, dan memberi pengajaran kepada para penonton khususnya para remaja .
        Virgin 2 hasil sutradara Nayato Fio Nuala memaparkan kisah dua gadis remaja, iaitu Tina berusia 16 tahun (Christina Santika), dan Nadya (Joanna Alexandra) yang berusia 19 tahun. Di Virgin 2 ini lebih menumpukan kepada perjalanan hidup dua gadis ini. Kisah pahit hidup Tina bermula apabila dia disangka menggoda teman lelaki ibunya, dan dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Tina seperti hilang hala tuju. Di saat itulah dia berjumpa dan menjadi teman kepada Kenny (Neyna Lisa Bartlett), broken home girl. Kenny, gadis yang hidup di jalanan. Setelah itu, Tina, seorang gadis yang pemalu dan pendiam kebetulan bertemu dengan rakan lamanya Steffi lakonan Wichita Setiawati. Steffi yang dianggap penyelamat hidup Tina, rupanya seorang yang tidak berperikemanusiaan apabila sanggup menjual Tina kepada Yama (Yama Carlos). Yama menjadikan Tina sebagai tempat melempiaskan nafsunya dan lebih parah lagi Tina juga dijaja kepada para klien Yama untuk mendapatkan wang. Tina nekad untuk melarikan diri, dan akhirnya bertemu dengan Nadya. Mereka mula berkawan, dan Tina tinggal bersama Nadya. 

* Sila click pada image untuk view larger








        Nasib Nadya pula berlainan apabila dia diusir oleh keluarganya apabila disahkan mengandung hasil hubungannya dengan Raymond (Ramon Y.Tungka). Justeru itu, Raymond ditangkap dan Nadya berkerja sebagai " Disc Jockey" di sebuah kelab malam. Tina terus tinggal bersama Nadya. Mereka berkawan rapat dan sering bersama. Namun, masalah lain timbul apabila Mitha (Smitha Anjani), yang merupakan teman rapat Nadya, dimasukkan ke hospital akibat pengambilan dadah melebihi dos. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan Nadya terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang dengan segera demi menyelamatkan sahabatnya. Oleh itu, Nadya terpaksa menjual tubuhnya, bahkan Tina juga sanggup berkorban demi Mitha. Nadya bukan shaja terpaksa melayani seorang, tetapi beberapa orang kaya demi mendapatkan sejumlah wang yang mencukupi. Tindakan Tina dan Nadya memberi kesan buruk, malah nasib Tina bertambah malang apabila bertemu semula dengan lelaki dayus, Yama. Akibat beberapa kali membuat hubungan, Nadya mengalami keguguran. Kenny pula berkeinginan membunuh diri kerana merasakan tiada erti sebuah kehidupan dalam dirinya.Apakah kesudahan filem ini? Dapatkah Mitha diselamatkan? Bagaimanakah nasib Nadya, dan mampukah Tina melepaskan diri sekali lagi dari siksaan Yama dan menyelamatkan Nadya dan Kenny?? Saksikan filem ini di Youtube atau dapatkan VCD @ DVD dengan segera..





















"Sesuatu yang kita lakukan bukanlah di atas kemahuan dan pilihan kita, tetapi disebabkan kita tiada pilihan lain melainkan yang itu sahaja."


Virgin 2 [Bukan Film Porno] Trailer

Friday, January 20, 2012

Virgin Series #1

Virgin [ Ketika Keperawanan Dipertanyakan ]

       
 Sebut saja virgin, pasti kita memikirkan  dengan harga diri seorang wanita. Masih dara atau tidak? Saya ingin mencoret tentang filem Indonesia yang menjadi kegemaran saya, iaitu Virgin ( Ketika Keperawanan Dipertanyakan ). Walaupun  filem ini telah pun diperkenalkan pada beberapa tahun yang lepas, namun, saya igngin mengimbas kembali dan memperkenalkan semula filem ini dalam coretan saya.

Pengarah : Hanny Saputra
Produser : PT. Kharisma Starvision Plus
Pelakon : Laudya Chintya Bella, Ardina Rasti, Mike                      Muliadro, Unique Priscilla, Tio Pakusadewo, Hendinar Amroe, Uli Auliani, Ari Sihasale
Durasi : 114 minit
Tayangan Pertama Di Indonesia: 11 November 2004


          Filem arahan Hanny Saputra ini mencoretkan tentang kisah hidup remaja di sebuah kota metropolitan. Pergaulan sosial dan cara hidup yang memesongkan hidup mereka demi mencapai kehidupan sempurna di kota.
      Tiga sahabat, Biyan yang dilakonkan oleh Laudya Chintya Bella, Stella (Ardina Rasti) dan Katie (Angie) . Mereka adalah dari  keluarga yang berantakan. Disebabkan itu, mereka bebas menjalani kehidupan mereka tanpa kawalan dan jagaan orang tua. Biyan memegang watak utama merupakan seorang gadis yang hidupnya penuh penderitaan. Biyan begitu membenci ayahnya yang kaki mabuk dan kaki perempuan sehingga mengabaikan ibunya. Stella, sudah terbiasa dengan gaya hidup yang sosial. Demi untuk mendapatkan wang, Stella sanggup melayani para " om" yang kaya sehingga keperawanannya hilang. Katie pula cemburu dengan gaya hidup Stella dan Biyan yang agak mewah, dan ingin mempunyai kehidupan seperti mereka. Demi untuk wang, Katie akhirnya  mengadaikan keperawanannya.Biyan bagaimanapun terlalu menjaga kesuciannya dan mempertahankan keperawanannya.
Luna, lakonan Uli Auliani sering menimbulkan masalah dalam kehidupan tiga sahabat ini. Luna yang berperwatakan antagonis bersaing dengan Stella untuk mendapatkan watak utama dalam filem roman pisician. Persaingan makin menjadi keruh apabila Luna tidak mahu mengalah. Luna semakin menunjukkan belangnya apabila cuba merebut seorang jejaka kacak, bernama Mariks(Mike Muliadro) yang menjadi pujaan Biyan.



         Keadaan menjadi semakin parah apabila kereta yang dipinjam oleh Stella dari seorang mafia kelab malam hilang. Mereka menjadi buntu apabila mafia tersebut menyuruh mereka membayar dengan tubuh sebagai ganti. Stella menyalahkan Biyan, dan memaksa Biyan menebus dengan tubuhnya. Sanggupkah Biyan melepaskan keperawannya yang dipertahankan selama ini? Biyan mencoretkan kisah hidupnya, dan kisah sahabatnya. Demi mencapai kemenangan semua yang dilarang dihalakan. Stella sanggup menayangkan tubuhnya demi menjadi popular, atau Katie yang sanggup "di-booking" sama ada di dalam kereta, di hotel atau di "toilet" demi kemewahan.


* Please click on image to view larger










Virgin Ketika Keperawanan Dipertanyakan