Saturday, January 21, 2012

Virgin Series #2

Virgin 2  [ Bukan Film Porno ]


Inilah adalah series kedua selepas filem Virgin 1. Filem kali ini juga memaparkan erti sebuah persahabatan golongan remaja di kota metropolitan dan perngorbanan seorang sahabat demi sahabat. Virgin 2, hasil  kesinambungan daripada prekuel Virgin Ketika Keperawanan Dipertanyakan ini melibatkan pelakon-pelakon bukan dari Virgin 1, dan lebih banyak watak ditonjolkan, tetapi memfokuskan jalan cerita yang lebih khusus.


Judul : Virgin 2 [ Bukan Film Porno ]
Pengarah : Nayato Fio Nuala
Pelakon : Joanna Alexandra, Christina Santika, Wichita Satari, Smitha Anjani, Yama Carlos, Neyna Lisa Bartlett, dan Ramon Y Tungka.
Penerbit : PT Kharisma Starvision  Plus
Tarikh Tayangan Pertama di Indonesia : 28 Mei 2009

     Ramai yang mengandaikan film Virgin ini film yang seakan - akan film porno kerna memaparkan penampilan 'actress' yang seksi. Virgin 2 lebih banyak memaparkan adegan yang lebih berani berbanding Virgin siri pertama. Namun, film ini bukanlah film porno, tetapi film ini membawa kita menyelami pergaulan remaja kini, dan memberi pengajaran kepada para penonton khususnya para remaja .
        Virgin 2 hasil sutradara Nayato Fio Nuala memaparkan kisah dua gadis remaja, iaitu Tina berusia 16 tahun (Christina Santika), dan Nadya (Joanna Alexandra) yang berusia 19 tahun. Di Virgin 2 ini lebih menumpukan kepada perjalanan hidup dua gadis ini. Kisah pahit hidup Tina bermula apabila dia disangka menggoda teman lelaki ibunya, dan dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Tina seperti hilang hala tuju. Di saat itulah dia berjumpa dan menjadi teman kepada Kenny (Neyna Lisa Bartlett), broken home girl. Kenny, gadis yang hidup di jalanan. Setelah itu, Tina, seorang gadis yang pemalu dan pendiam kebetulan bertemu dengan rakan lamanya Steffi lakonan Wichita Setiawati. Steffi yang dianggap penyelamat hidup Tina, rupanya seorang yang tidak berperikemanusiaan apabila sanggup menjual Tina kepada Yama (Yama Carlos). Yama menjadikan Tina sebagai tempat melempiaskan nafsunya dan lebih parah lagi Tina juga dijaja kepada para klien Yama untuk mendapatkan wang. Tina nekad untuk melarikan diri, dan akhirnya bertemu dengan Nadya. Mereka mula berkawan, dan Tina tinggal bersama Nadya. 

* Sila click pada image untuk view larger








        Nasib Nadya pula berlainan apabila dia diusir oleh keluarganya apabila disahkan mengandung hasil hubungannya dengan Raymond (Ramon Y.Tungka). Justeru itu, Raymond ditangkap dan Nadya berkerja sebagai " Disc Jockey" di sebuah kelab malam. Tina terus tinggal bersama Nadya. Mereka berkawan rapat dan sering bersama. Namun, masalah lain timbul apabila Mitha (Smitha Anjani), yang merupakan teman rapat Nadya, dimasukkan ke hospital akibat pengambilan dadah melebihi dos. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan Nadya terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang dengan segera demi menyelamatkan sahabatnya. Oleh itu, Nadya terpaksa menjual tubuhnya, bahkan Tina juga sanggup berkorban demi Mitha. Nadya bukan shaja terpaksa melayani seorang, tetapi beberapa orang kaya demi mendapatkan sejumlah wang yang mencukupi. Tindakan Tina dan Nadya memberi kesan buruk, malah nasib Tina bertambah malang apabila bertemu semula dengan lelaki dayus, Yama. Akibat beberapa kali membuat hubungan, Nadya mengalami keguguran. Kenny pula berkeinginan membunuh diri kerana merasakan tiada erti sebuah kehidupan dalam dirinya.Apakah kesudahan filem ini? Dapatkah Mitha diselamatkan? Bagaimanakah nasib Nadya, dan mampukah Tina melepaskan diri sekali lagi dari siksaan Yama dan menyelamatkan Nadya dan Kenny?? Saksikan filem ini di Youtube atau dapatkan VCD @ DVD dengan segera..





















"Sesuatu yang kita lakukan bukanlah di atas kemahuan dan pilihan kita, tetapi disebabkan kita tiada pilihan lain melainkan yang itu sahaja."


Virgin 2 [Bukan Film Porno] Trailer

0 What They Say?:

Post a Comment