Monday, January 23, 2012

Password's Hackers

Cegah Jenayah  Siber!!


Sikap segelintir masyarakat yang terlalu cuai, dan berlengah mungkin merupakan punca akaun peribadi komputer menjadi mangsa penggodam yang pandai menggoda. Facebook, Twitter, blog, dang sebagainya merupakan antara laman sosial yang popular pada masa kini. Tapi persoalannya kini, BAGAIMANAKAH HENDAK MEMILIH KATA KUNCI YANG SELAMAT?


KATA KUNCI 

  Kebiasaanya, untuk memasuki perkhidmatan talian komputer @ Internet Service Provider ( ISP ), nama ID & kata kunci adalah diperlukan. Oleh sebab itu, nama ID & kata kunci amat mudah untuk diteka. So, nak tahu cara untuk memastikan kata kunci yang anda buat cukup kuat dan selamat? Jom kita ikuti langkah ini : 


 STEP #1:
      Hasilkan kata kunci dengan sekurang - kurangnya lima karakter. Jika tidak mencukupi lima karakter, maka mudah bagi penggodam untuk mencuba pelbagai kata kunci.


 STEP #2 :
      Jika anda memilih kata kunci yang pendek, gunakan campuran pelbagai karakter seperti huruf besar, huruf kecil, spacing atau nombor. Biar pening kepala si penggodam nak memikirkan kata kunci anda. Misalnya, xU2Y4n


 STEP #3 :
      Bagi anda yang memilih kata kunci yang panjang, gunakan gabungan  dua perkataan dengan campuran digit. Misalnya %love89baby%. 
Sebagai peringatan, elakkan dari menggunakan kata kunci yang ketara seperti :
                -- Nama anda
                -- Nama pertama sesiapa yang dikenali (cth: nama bf/gf, ayah,ibu @ pet)       
                -- Nama gelaran
                -- No tel rumah / hp
                -- Tarikh lahir
                -- Zodiak / Bintang astrologi
                -- Huruf satu baris di keypad
                -- No Plat Kereta
                -- Barisan huruf tersusun ( cth : abcdefg / 123456 )
                -- Perkataan terbalik
                -- Kata adjektif terutamanya dalam B.I ( cth : lovely, sweet, cute, dll )
       
 STEP #4 :
       Kebiasannya apabila membuat akaun baru, contohnya akaun Yahoo, Yahoo akan sertakan sekali kata kunci yang dipilih secara rawak berpandukan nama ID anda. Ada baiknya mengikuti arahan untuk menghasilkan kata kunci sendiri.


 STEP #5 :
      Gunakan kata kunci yang berbeza untuk setiap laman web, sama ada secara service provider @ akaun komputer. Jika anda takut terlupa kata kunci, better anda salin dan save sebagai rujukan.


TOP 20 KATA KUNCI POPULAR DIGUNAKAN
Source : Latest Web Crunch


 LAMPIRAN E - MEL
    Virus, cacing @ program yang berniat jahat boleh dipindahkan juga melalui lampiran e-mel. Oleh itu, ikuti langkah berikut untuk mengelakkan serangan virus.

  STEP #1 :
          Jangan sesekali membuka lampiran e-mel tanpa mengetahui kandungan & sumber fail. Masih ingatkah anda insiden virus " The Melissa' & 'I LOVE YOU' pada bulan Mac 1999 & bulan Mei 2000?  Virus ini sampai secara automatik ke e-mel anda.


  STEP #2 :
       Buang e-mel yang terdapat pada "junk" kerana kebiasaannya e-mel yang dihantar daripada sumber tak diketahui.


  STEP #3 :
       Anda perlu berhati - hati dengan lampiran yang mempunyai sambungan fail berganda . Sambungan fail tiga kod huruf perlu diambil kira. Contohnya seperti berikut: 

                      -- filename.jpg.vbs
                      -- filename.doc.exe
                      -- filename.zip.com
                      -- filename.gif.bat     
                      -- filename.txt.pif
                      -- filename.mp3.scr
                      -- filename.htm.ink




 PERKHIDMATAN TANPA WAYAR ( WIFI )
    Pastikan semua penyiaran dijadikan sulit dan penghantar perlu diletakkan di dinding luar & jauh dari tingkap.

  ELAK GANGGUAN SOSIAL
    Bagi aktiviti talian kasual di mana anda melancarkan akaun e-mel melalui Yahoo, Hotmail, dan sebagainya perlulah gunakan perkataan alias ( @ ) untuk akaun tersebut.  Selain itu, jangan dedahkan nama sebenar, alamat, no telefon @ apa - apa maklumat peribadi sebenar kepada orang asing, sama ada di ruangan chat, carta buletin, kawasan awam & sebagainya.


  PERISIAN ANTI VIRUS
    Program Anti Virus amat penting dan perlu di"install" memandangkan kebanyakkan orang menggunakan e-mel & hampir kesemuanya memuat turun perisian daripada internet.  Anti Virus yang sering digunapakai adalah seperti, Kaspersky, Avira, Mc Afee, Avast, Panda dan sebagainya.

  PERISIAN INTIP ( SPYWARE )
    Anda kena berhati - hati apabila melihat apa-apa iklan, lampiran yang terdapat pada e-mel @ ruang sosial anda, seperti Facebook. Jangan terus click kalau anda rasa was-was. Sebenarnya , progra spyware ini akan mengesan laman web yang anda lawati & mula menghantar beberapa iklan lain sehingga menembusi privasi anda. Lebih parah lagi, spyware akan memasuki segala maklumat sehingga mencari maklumat berkaitan dengan no kad kredit, dan apa - apa maklumat rahsia anda.


  PERANTI  KESELAMATAN
    Anda digalakkan memasang peranti keselamatan di antara bahagian - bahagian satu sistem komputer di mana pengguna kerap akses. Contohnya, melalui modem, internet @ mel suara yang dikatakan mudha dicapai oleh pengguna tempatan. Kebiasaannya, penggodam akan mencari satu port yang "terbuka" dan mengakses komputer untuk mengubah @ memadam fail - fail. Lebih buruk, penggodam mungkin melakukan serangan haram ke atas komputer lain.








So... Think! SAFETY FIRST

0 What They Say?:

Post a Comment