Thursday, January 19, 2012

"Awak Suka Saya Tak?"

Hai readers.. Kali ini saya nak berkongsi sikit tentang novel yang telah saya khatam beberapa minggu lepas. Actually, Im not a fanatic novel's reader, but I love reading novels too, especially bila ada masa terluang.Novel ini novel yang kedua yang pernah saya baca dalam hidup saya. Why not, right? Ok, novel itu diberi tajuk " Awak Suka Saya Tak?" Anda suka saya tak? Hehe.. gurau saja.. Berikut merupakan cover novel itu.

Awak Suka Saya Tak? merupakan hasil seni anak jati Kelantan, Melur Jelita.

Tajuk : Awak Suka Saya Tak?
Pengarang: Melur Jelita
Penerbit: Karya Seni Enterprise
Pengedar Tunggal: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Bil. M/s : 1056 ms
Harga: Semenanjung Malaysia RM 35.00
           Sabah / Sarawak RM 38.00

Sinopsis
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, dan Intan Zulaikha. Hilman Yong adalah seorang yang baru mengenali Islam dan lebih mencintai Islam. Mereka sangat berlainan tetapi disebabkan itulah mereka ditakdirkan bersama. Konflik berlaku apabila muncul Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan sifatnya yang nakal, dan mengoda. Intan bersabar dengan Damien, hanya untuk mendapatkan Hilmannya semula. Pelbagai liku-liku dan cabaran ditempuhi oleh Intan Zulaikha dalam memastikannya Hilman kembali di sisinya.

Karya Awak Suka Saya Tak? terbitan Karya Seni ini sememangnya mampu membuatkan pembaca terus membaca dan mendalami jalan ceritanya yang penuh dengan nilai kasih sayang. 

Bagi anda yang memang "kaki novel" tetapi tidak mempunyai masa dan wang yang cukup untuk membeli novel dengan kadar segera, maka anda bolehlah mengunjungi Penulisan2U. Di sini terdapat pelbagai koleksi cerpen, cerita dan novel yang lama dan latest, dan yang lebih gempak, anda boleh membaca novel secara online. Jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi novel anda!

Dapatkan segera di Kedai Buku Berhampiran!!

0 What They Say?:

Post a Comment