Sunday, February 5, 2012

SuckSeed!! ห่วยขั้นเทพ (Huay Khan Thep)

Another my favourite movie.....



Title : Suck Seed ห่วยขั้นเทพ
Director : Chayanop Boonprakop
Cast : Jirayu La-Ongmanee, Natcha Nuanjam, Pashorn Jiratiwat, Thawat Pornrattanaprasert
Rating : 15+ ( Musical Comedy )
Release date in Thailand: March, 17 2011

     Filem yang pertama kali diarah oleh Chayanop Boonprakap ini sungguh menghiburkan. Beliau juga berani mengambil risiko dengan menampilkan pelakon -pelakon yang baru pertama kali berlakon. Suck Seed menceritakan kisah tentang kehidupan remaja di bangku sekolah tinggi. Mereka ingin membuktikan bahawa mereka hebat dalam sesuatu pekara.  Ped (Jirayu La- Ongmamee), suck dalam muzik dan meluahkan perasaan, Khung  (Pashorn Jiratiwat) yang merupakan sahabat Ped sejak kecil suck dengan saudara lembarnya yang mahir dalam muzik dan power dalam bermain gitar, manakala X (Thawat Pornrattanaprasert) suck untuk mendapatkan gadis idamannya. Cerita bermula ketika mereka masih kecil. Ped menaruh perasaan terhadap Earn (Natcha Nuanjam), namun tidak kesampaian kerana Earn berpindah ke Bangkok. Mereka bertemu kembali apabila Earn berpindah ke sekolah menengah mereka. 

    Kisah bermula apabila Khung secara tiba - tiba ingin membentuk sebuah band rock. Namun idea ini ditolak oleh Ped kerana dia tahu Khung selalu melakukan sesuatu separuh jalan dan tidak bersunguh - sungguh. Khung berkeras ingin menubuhkan band. Ped dipilih sebagai gitaris bass. Khung juga memilih X, seorang pemain bola keranjang yang hebat (konon) sebagai drummer. Impian mereka seakan menjadi kenyataan apabila mereka mendapati Earn seorang yang berbakat dalam bermain gitar dan mampu bermain dengan hebat. Akhirnya, Earn menyertai kumpulan mereka. Khung pada mulanya berniat menubuhkan band hanya untuk suka - suka. Namun, apabila dia merasakan dirinya tercabar dengan band Arena ( disertai oleh saudara kembar Khung, iaitu Kae), lalu dia memutuskan untuk membawa bandnya menyertai pertandingan Hot Music Awards. 



      Mereka kemudiaanya giat berlatih. Pada masa yang sama, Khung menaruh hati pada Earn. Dia memberitahu Ped bahawa dia nekad ingin meluahkan perasaannya kepada Earn. Khung ( telah lama menaruh perasaan pada Earn sejak kecil, namun tidak diketahui oleh sesiapa) berasa terkejut, namun Ped sanggup mengalah dan berkorban demi persahabatannya dengan Khung. Malangnya, Earn menolak cinta Khung sehingga menyebabkan Khung berasa suck dengan dirinya dan perempuan. Nasib yang sama menimpa X, apabila gadis idamannya ternyata terpikat dengan tomboy. Saat itu dia merasakan dirinya suck kerana gagal mendapatkan gadis pujaannya. Mereka memutuskan untuk fokus terhadap latihan. Earn keluar dari band mereka dan menyertai Arena. Walaupun gagal dalam percintaan, namun mereka ingin berjuang untuk berjaya memenangi pertandingan Hot Music Awards. Tibanya pada hari pertandingan, Khung kembali sukakan Earn, namun sesuatu kejadiaan yang suck berlaku apabila Khung mengetahui sesuatu di antara Earn dan Ped pada hari tersebut. Apakah yang sebenarnya yang berlaku?  Adakah Earn dan Ped mempunyai hubungan?? Adakah mereka suceed dalam pertandingan tersebut??  Saksikan filem ini untuk mengetahu kisah selanjutnya.






















Suck Seed  Trailer




Pendapat

    Saya amat menyukai filem ini kerana jalan ceritanya sangat kelakar. Dari mula hingga akhir, saya asyik gelak dengan lakonan mereka. Apa yang uniknya, wajah pelakon kanak - kanak dan ketika mereka dewasa memang sebijik. Filem ini sangat menarik ditonton kerana ia juga menyelitkan pengajaran kepada penonton. Setiap kejayaan bermula dari kegagalan. Sekali gagal, bukan bermakna gagal selama - lamanya. From suck to suceed!!

0 What They Say?:

Post a Comment