Tuesday, January 31, 2012

Jerawat & Cara Mengatasi





      Masalah jerawat timbul apabila liang - liang pori pada bahagian kulit tersumbat. Sekiranya plug berwarna putih, maka itu ialah whitehead, dan jika plug berwarna hitam, maka itu adalah blackhead. Jika lubang tersumbat yang mengandungi plug ini pecah, ia akan menjadi lebam kemerahan. Jerawat yang terlalu dalam pada kulit akan menyebabkan terjadinya cysts yang teruk dan menyakitkan.


      Masalah jerawat lazimnya dialami oleh golongan remaja. Hal ini kerana perubahan hormon yang menyebabkan kulit menjadi berminyak. Bukan sahaja para remaja, namun semua orang boleh mendapat jerawat, termasuklah bayi. Kalau anda tengok pada kulit pipi bayi, kadang - kadang terdapat jerawat kecil yang berwarna kemerahan. Malah, adik saya yang masih di bangku sekolah rendah juga mempunyai whitehead. Bila tengok, geram je nak picit.

Sebab -  sebab timbulnya jerawat :

--> Perubahan hormon yang berlaku disebabkan akil baligh, period
--> Stress yang berpanjangan
--> Kurang tidur / Tidak cukup tidur
--> Kelembapan dan berpeluh terlalu kerap
--> Pengambilan makanan & produk kosmetik & rambut yang berminyak (contohnya seperti  penggunaan minyak baby oil pada rambut )
--> Pengambilan ubat - ubatan tertentu seperti steroids, testosterone, estrogen, & phenytoin

Cara Mengatasi :
Paling penting ialah menjaga kebersihan diri dengan mencuci muka  1 atau 2 kali sehari. Kalau anda lepas exercise tu pun kena cuci muka, untuk pastikan peluh dan debu hilang. Tapi, anda tidak digalakkan selalu mencuci muka sebab kelembapan kulit akan kurang dan kulit akan menjadi kering. Selain itu, avoid guna skrub selalu. Paling ok pun, 1 or 2 kali seminggu coz boleh menyebabkan kulit terkupas.



JANGAN ....

# Terlalu kerap menyentuh muka, especially kalau tangan anda kotor atau berminyak.


# Biarkan rambut dalam keadaan berminyak. Sikat atau ikat rambut ke belakang bagi  mengelakkan rambut menyentuh bahagian muka.

# Menggunakan make - up terlalu tebal. Cukuplah secara sederhana, lagi - lagi kalau and  mengikuti aktiviti di bawah sinaran cahaya matahari. Muka anda akan berpeluh, dan sekiranya make - up anda terlalu tebal, ia akan menutup liang pori, dan kulit tidak dapat  bernafas. So, kalau dah tahu berjemur tu, tak payahla nak make-up2 ye... Pastikan muka   dicuci dengan sebersihnya selepas menggunakan make-up, escpecially sebelum tidur.

# Mengunakan headband atau topi terlalu ketat.

# Menggunakan produk atau krim yang berminyak dan menyebabkan kulit anda berpeluh. Sebaiknya gunalah produk yang berasaskan water-based / non comedogenic formula. Kalau anda rasa produk tu tak sesuai dengan kulit anda, hentikan penggunaan.

# Mengabaikan waktu tidur. Tidur  yang cukup amat penting untuk memastikan kulit anda juga mendapat rehat yang cukup.


Tips Menghilangkan Jerawat
#  Jangan sesekali memicit, memegang dan mencabut jerawat anda sebab itu   akan membuatkan jerawat anda makin teruk dan melarat.

#  Anda boleh tekapkan bungkusan ais di jerawat bagi mengurangkan rasa
     sakit dan kemerahan.

#  Sapukan krim jerawat seperti Asid krim / gel etinoic  (tretinoin, Retin-A), formulas of benzoyl peroxide, sulfur, resorcinol, atau salicylic acid, dan topical azelaic acidSaya dulu pernah satu krim jerawat ni dari produk CNI. Rasanya CNI dah tak keluarkan lagi krim ni. Memang berkesan. Sapu je kat jerawat yang baru nak jadi tu, then jerawat tu akan jadi kering dan terus hilang. Magic kan??


# Nak hilangkan blackhead dengan mudah? Senang je, gunakan kapas muka yang disapu putih telur. Lekatkan kapas yang disapu putih telur pada bahagian hidung. Biarkan melekat dalam masa 10 - 15 minit, then tarik perlahan -lahan. Anda akan dapat lihat whitehead and blackhead melekat pada kapas tersebut.


So, hope ini dapat membantu anda yang mengalami masalah kulit jerawat. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius, better pergi jumpa doktor dan dapatkan rawatan di klinik atau pusat penjagaan kulit wajah.


TAHUKAH ANDA??




Chocolate bukanlah penyebab jerawat. Chocolate mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi sesuai untuk rawatan kulit. Jadi tak heranlah kalau kini ramai orang mengunakan chocolate sebagai masker. Begitu juga dengan makanan bergoreng. Ingat, tak ada artikel pun mengaitkan sebarang makanan yang menyebabkan jerawat. Itu hanyalah MITOS. Chocolate dan makanan yang berkalori memang memudaratkan kesihatan, tetapi bukan mendatangkan jerawat. So, enjoy your food makanlah chocolate / makanan bergoreng tanpa was2 ( tapi dengan kuantiti sedikit semestinya ).

Monday, January 30, 2012

Wazzub? Is it REAL?

Hey WAZZUB! "THE POWER OF WE"




WAZZUB is in pre-launch until April 9, 2012. The more users that join our network through your personal link the more your $FACTOR will grow. Each new member 5 generations deep let your $FACTOR grow by 1. After launch we will pay 50% of WAZZUB's profits to our pre-launch members every month. We simply divide the earnings through the total amount of $FACTORs of all members. Let us say for June the rate per $FACTOR is US$1.00 and your personal $FACTOR is 3905. That means we will pay you 3905 x 1.00 = US$3905.00!


Wazzub, Is It Real Or Not???


Mendaftar di Wazzub adalah sangat simple. Anda hanya perlu daftar, sahkan email anda, dan mengumpul serta mengajak rakan anda untuk turut serta. Anda tidak perlu mengeluarkan 0.01$ pun untuk melayakkan anda menjadi ahli. Easy right? Wazzub menjanjikan $1 bagi seorang rakan. Bayangkan anda memperoleh 1000 rakan yang bergabung dengan anda, maka anda akan mendapat $ 1000 sebulan. Tapi persoalannya kini, adakah Wazzub hanya satu penipuan atau benar - benar wujud???
 

Sebab Kenapa Wazzub adalah scam (PENIPUAN) :

# Pendaftaran Percuma
# Mudah mencari member, iaitu dengan hanya promote link, and make sure  rakan anda sign up, then u'll get $1
# Tidak pernah dengar kewujudan Wazzub
# Anda fikir Wazzub mengenakan pendaftaran percuma, tapi mudah memberikan wang kepada anda. Betul ke Wazzub akan bayar?Mana datangnya duit mereka?

** Jika memang Wazzub tidak benar, anda tidak akan rugi apa - apa, cuma usaha anda mempromosikan link anda adalah sia - sia. Tapi, anda tidak harus menganggap itu adalah sia - sia. Bak kata pepatah " bersusah - susah dahulu, bersenang - senang kemudian" 

** Seandainya Wazzub adalah REAL. Maka, anda yang akan mendapat keuntungan. Tidak rugi sekiranya kita mencuba.

Secara logiknya, GOOGLE merupakan rangkaian yang begitu popular. GOOGLE mendapat 1$ per hari sekiranya seorang pengguna mengakses GOOGLE. Jadi, wajarlah  jika Wazzub mampu membayar ahlinya kerna jika kita mencari Wazzub di GOOGLE, GOOGLE akan mendapat untung, dah sudah tentu GOOGLE akan membayar kepada Wazzub. Dan Wazzub hanya membayar 1$ per bulan untuk seorang. Jadi apa tunggu lagi?????



DAFTARLAH SEKARANG !!!! JANGAN BERLENGAH LAGI. PELUANG HANYA DATANG SEKALI. SO, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. BERITAHU SEMUA TENTANG WAZZUB!!!  






KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR

Sunday, January 29, 2012

You Make Me Smile ツ


Since that day..
You stole my heart and you're the one to blame..


And that's why I smile
It's been a while
Since every day and everything has
Felt this right
And now you turn it all around
And suddenly you're all I need
The reason why I smile...
( Smile - Avril.L )





Kau umpama matahari, menyinari hidupku dengan kebahagiaan
Kau umpama muzik dalam simfoni hidupku..
Suaramu lembut menenangkan jiwa..
Kau ada di saat aku memerlukan

Kesabaranmu menambat hatiku
Berbatu - batu memisahkan bukan penghalang
Hariku berbunga mekar disirami kata - katamu
Rindumu tak pernah layu di atas perhatian berpanjangan

Di saat  cemburu merantai jiwa
Engkau putuskan dengan kunci pujukan
Tiada kedengaran nafas keluhan darimu
Aku kagumi itu

Setiap tingkah lakumu, kata -katamu,
Tidak pernah ku sesali
Kerna hanya dirimu abadi
Tetaplah di sisi hingga nafas terakhir



Cahaya kasih sayang tidak pernah padam 
Biarpun tiupan kemarahan sentiasa dirasa
Bibirku sentiasa terukir dengan senyuman
Hadirmu membuatkan hidupku lebih bermakna


                                                                                           Love,
                                                                                          Niena  


Saturday, January 28, 2012

Tips Make-Up #2 [ Kosmetik Asas ]

KOSMETIK ASAS [ BASIC COSMETICS ]





       Selain peralatan dasar, kosmetik dasar juga merupakan salah satu pelengkap untuk menghasilkan solekan yang sempurna. Di zaman moden ini, teknologi semakin canggih, banyak produk kosmetik telah dihasilkan. Sudah tentunya teradapat beribu - ribu produk kosmetik yang mepunyai pelbagai warna, rupa dan jenama yang dijual di pasaran. Oleh itu, kita sebagai wanita harus bijak memilih kosmetik yang matching dengan colour skin, dan selamat untuk kulit supaya tak menyebabkan alergi pada kulit. Kalau nak bersolek, bukan hanya tertumpu pada satau sahaja, tetapi merangkumi semua, iaitu, mata, pipi, bibir dan bahagian muka, then baru nampak solekan yang sempurna. So, jom kita lihat apakah kosmetik asas yang perlu ada.




  PELEMBAP ( MOISTURISER )




      Walaupun kulit kita memilik Natural Moisturising Factor ( NMF ), dan sebum yang menjaga dan memberi kelembapan pada kulit, tetapi apabila usia kita semakin meningkat kedua fungsi di atas akan berkurangan. Maka, pelembap adalah sangat penting untuk kulit wajah untuk memastikan  kelembapan dan kekenyalan kulit terpelihara. Selain pelembap yang mengandungi air sebagai bahan asas, (water-based) atau minyak (oil-based),  tinted moisteriser dengan kandungan warna yang sangat ringan juga boleh digunakan. Ia mampu menampakkan kulit kelihatan lebih cerah. Jadi, sebelum mengenakan apa-apa solekan, sebaik - baiknya kita perlu mengunakan pelembap terlebih dahulu supaya kulit kita tidak kering dan kasar.




 ALAS  BEDAK ( FOUNDATION )



     Dalam asas solekan, alas bedak / foundation adalah amat penting kerana ia mampu memperlihatkan kulit lebih mulus, licin dan berseri. Foundation boleh didapati dengan pelbagai tingkat warna (colour tone) dan tekstur, iaitu sama ada cair (liquid), padat (compact / stick), serbuk (powder), mousse dan krim. Kini foundation telah diformulasi dengan lebih baik, di mana dilengkapkan dengan perlindungan matahari (spf), tanpa kandungan minyak (oil-free),  serta foundation antioksidan dan anti penuaan. So, kiranya fungsi foundation bukan hanya sebagai bedak asas tapi juga mempunyai pelbagai fungsi lain. 




 CONCEALER



     Kosmetik ini berfungsi sebagai penyamar atau menutupi noda serta lingkaran hitam di sekitar  mata. Concealer boleh didapati dalam tekstur bahan yang berbeza, seperti krim, stick dan compact, serta mempunyai beberapa jenis fungsi , iaitu light-difussing (memberi kesan terang), scars and birthmarks (menyamarkan  kesan luka dan tanda lahir), dan blemish fighters ( menyamarkan noda pada kulit). Selain itu, concealer juga terdiri daripada beberapa warna, iaitu  Hijau yang berfungsi untuk mengatasi kulit kemerahan dan menutupi noda, Lila untuk menyamarkan kulit yang kendur, Biru pula untuk mereka yang berkulit pucat dan Aprikot untuk mencerahkan kulit lesu.




 BEDAK  ( POWDER )



       Bedak merupakan kosmetik terbaik untuk menjaga asas solekan, sekaligus memelihara kulit  dari berminyak serta memberi kesan kulit yang lembut dan mulus. Bedak terdiri daripada tekstur serbuk  atau tabur (loose powder), serta pada (pressed / compact powder). Bagi mendapatkan hasil sapuan bedak yang baik, gunakanlah puff (velour puff) span khusus untuk bedak.



  PERONA PIPI ( BLUSH ON )





       Seperti yang kita tahu, blusher atau perona pipi ini membuatkan wajah kita tampak segar dan  charming. Kalau kita lihat dulu blusher yang ada hanya bertekstur serbuk, tapi kini perona pipi boleh didapati dengan variasi tekstur yang lain seperti, gel, krim, cair, dan padat. Kita boleh  mengaplikasikan perona pipi dengan menggunakan berus atau jemari. Selain itu, cara sapuan perona pipi juga berbeza - beza mengikut kesesuaian bentuk wajah dan kesan solekan yang diinginkan. Kalau setakat nak jalan - jalan tu, no need la nak guna blusher tebal2. Over plak... Cukuplak sekali dua sapu pun dah memadai.



   LIP  GLOSS



      Lip gloss fungsinya adalah untuk mengilatkan bibir supaya kelihatan lebih seksi, selain memberi kesan bibir bervolume dan segar dengan segera. Lip gloss terdiri daripada jenis yang berwarna (tinted), serta yang tidak berwarna (clear). Lip gloss diaplikasikan di atas bibir yang telah disapukan lipstick. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, sebaiknya sapukan lip gloss  pada bahagian tengah bibir, kemudian ratakan secara perlahan. Lip gloss boleh didapati sama ada bertekstur cair, padat dan krim / balsem. Selain tiu, lip gloss juga tersedia dengan variasi perasa buah -buahan, seperti peach, strawberi dan sebagainya.




   GINCU BIBIR ( LIPSTICK )


        Lipstick pula berfungsi memberi warna pada bibir agar bibir kelihatan segar, di samping menyempurnakan solekan. Kini lipstick tersedia dengan pelbagai warna,  serta formula seperti, long-wearing (tahan lama tetapi mebuatkan kulit bibir kering), transfer-resistant   ( tahan lama sehingga 8 jam tanpa membuatkan bibir menjadi kering), frosted/shimmery (memberi efek kilauan mewah pada bibir), matte (warna yang kuat tetapi tidak mengandungi pelembap), moisturizing (mengandungi pelembap),  dan satin/sheering (mengilat dan mengandungi pelembap dengan warna yang begitu lembut). So, sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi pelembap supaya bibir anda tidak terasa kering. Untuk memastikan lipstick anda tahan lama gunakan lip liner. Saat anda ingin minum air, dan tidak ingin kesan lipstick melekat di bibir gelas, jilat sedikit di bibir gelas, supaya ia basah lipstick anda takkan melekat di gelas tersebut. Ha, nak tahu, saya juga selalu gunakan lipstick as blush.(Kadang2 bila blusher dah habis).Sebenarnya, memang boleh! Tapi, jangan gunakan blusher as lipstick pula ye..


  LIPLINER / LIP PENCIL


     Pensil garisan bibir ini berfungsi sebagai bingkai bibir. Lipliner digunakan sebelum mencalitkan gincu. Lipliner diukir mengikut garisan dan bentuk bibir untuk meperlihatkan bentuk bibir yang lebih ideal. Walaupun tekstur lipliner agak padat, namun cukup licin untuk diaplikasikan pada kulit bibir. Untuk solekan yang lebih sempurna, lukiskan garisan bibir di seluruh bahagian bibir sesuai /padan dengan warna lipstick yang ingin anda guna, sekaligus will ensure that your lipstick last longer. Selain itu, ia akan membuatkan bibir anda tampak mugil dan seksi serta solekan bibir tampak rapi dan kemas. Try la..




PEMBAYANG  MATA (EYESHADOW)




      Eyeshow berfungsi sebagai pembayang / perwarna mata. Tersedia dengan pelbagai variasi warna dan tekstur, seperti serbuk (powder), krim, padat ( bentuk pensil, compact, atau stick), dan liquid-to-creamy (kebiasannya disimpan dalam bentuk tube). Selain itu, eyeshadow juga dihasilkan dengan formula yang berbeza, contonhya, matte, pearlised (berkilat seperti pasir), shimmer and glossy. Cara sapuan eyeshadow juga adalah berbeza mengikut gaya solekan. If saya, saya lebih prefer shiny black, coz warna ni make my eyes look bigger. Hehe..




  EYELINER




     Kalau lipliner tadi berfungsi sebagai bingkai bibir, jadi eyeliner pula berfungsi sebagai bingkai mata. Eyeliner ini berperanan membentuk, mengoreksi dan membuka mata. Kebiasaannya eyeliner disediakan dalam bentuk liquid, namun terdapat juga yang bertekstur padat, iaitu dalam bentuk pensil. Jurumake-up yang profesional kebiasaannya hanya menggunakan eyeshadow berwarna hitam, sama ada krim, or compact sebagai pengganti eyeliner. Jadi, kalau anda menginginkan  bentuk mata yang bulat and besar, gunalah eyeliner.  Selain itu, ia juga mampu menyerlahkan lagi bentuk mata anda.




** Kosmetik yang biasa saya gunakan ialah dari produk Avon, Mac and Maybelline. Biasanya saya x kisah jenama apapun, asalkan colour n formulanya memang bagus. Apapun, wanita memang sinonim dengan kecantikan, tapi janganlah terlalu obses nak nampak cantik sangat sampai semua produk pun nak cuba. Jangan sampai membinasakan wajah anda. Pilih yang cocok dengan keadaan dan kesesuaian kulit. Well, natural is the best. Right..?  ^^v

Friday, January 27, 2012

Sukan Oh Sukan!

-->> 5.05 am oredy. Haha.. I cant sleep lorh. I dont know what should I do, so saya ambil kesempatan ini untuk menulis another story about myself. Sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa, tapi saya nak cerita about my interest. Antara pekara yang paling saya suka ialah SUKAN. Dari sekolah rendah lagi saya memang aktif dalam bidang sukan ni. Sukan salah satu jiwa saya. One of my favourite sports  is Bola Jaring ( Netball).




About


      Saya nak cerita sikit tentang sejarah bola jaring ni. Seperti yang kita tahu, bola jaring adalah game secara berpasukan tanpa sentuhan. Game ini berasal dari Amerika Syarikat dan permainannya hampir sama dengan bola keranjang (basketball). Game ini direka oleh  Clara Gregory Baer. Pasukan wanita yang mempunyai permainan sukan yang cemerlang adalah dari negara Australia dan New Zealand. Bola jaring juga sangat popular di Indies Barat, Sri Lanka dan United Kingdom.Terdapat  tujuh orang pemain utama dalam sesebuah pasukan.

     Walaupun saya ni agak "pendek" sikit orangnya, tapi no hal punya. Saya selalu bermain dalam posisi, Goal Shooter (GS), Goal Attack (GA) dan Wing Attack (WA). Kalau nak suruh jadi GD or GK tu, better janganlah. Hehe...Bukan nak puji diri la, but Im quite good in shooting ball into the net ni. Even though saya ni kontot, tapi saya juga boleh shoot dengan baik, cuma kalau GK or GD pihak lawan tu tinggi sangat, so, saya takkan jadi GA, or GS. Saya masih ingat lagi, time sekolah rendah, saya dan rakan - rakan akan berlatih setiap petang. Dulu, masa sekolah rendah, terdapat dua aliran, iaitu Melayu & Chinese. So, sebelah kelas aliran Melayu ada blok aliran Cina. Kadang - kadang waktu rehat tu adalah classwalking kat blok cina tu. Sekadar cuci2 mata katakan. Hehe... Then, sukan bola jaring still saya jin sampai ke sekolah menengah. Pernah juga mewakili sekolah, lebih dari tu tak ada la. Saya kan pendek. Lol! Bagi saya, bukan senang nak main bola jaring ni because kita kan jaga pergerakan, larian dan sentuhan kita. Selain itu, kecekapan menangkap dan memasing bola juga amat penting. Contohnya, if dalam pasukan anda terdapat seorang shooter yang hebat macamna pun, if ahli - ahli yang lain asyik lolos bola, dan salah pasing pun tidak menguntungkan. Apapun, saya memang suka main bola jaring. Memang fun giler!
** Kalau la saya tinggi, pasti saya sudah jadi atlit negara ( perasan! )


Next, sukan yang menjadi favourite saya juga ialah HOKI ( HOCKEY ). 

About

    "Hoki" adalah berasal daripada bahasa Perancis "hoquet" yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris menjadi "hockey". Terjemah dalam bahasa Melayu pula, "Hoki". :) Hoki dimainkan oleh lelaki dan wanita. Hoki juga merupakan sukann berpasukan. Terdapat dua jenis game hoki, iaitu hoki padang dan hoki ais. Tapi, di negara kita tak ada salji, maka takdalah ais, maka tak adalah sukan hoki ais.  Kalau nak dicerita sejarah hoki di Malaysia, lebih kurang sama dengan sejarah hoki India. Game ini dibawa masuk oleh British pada 1892. Kemudian, pada 1923, Malaya telah menubuhkan sebuah pasukan hoki  dan game pertama adalah menentang India. Sekarang, terdapat juga game hoki indoor & outdoor . Sesebuah pasukan hoki padang mempunyai sebelas orang pemain tetap. Untuk game indoor pulak ada 5 orang pemain tetap.




     Pada mulanya, saya langsung tak berminat untuk join sukan hoki ini. Yelah, kalau dengar hoki je, mesti gerun. Tapi, gara - gara abang sayalah saya akhirnya mengilai sukan ini. Abang saya merupakan salah seorang pemain hoki negeri Sarawak. Kira saya ni mewarisi la. Hehe...  Time mula - mula saya terlibat dalam sukan ini ialah ketika saya berumur 13 tahun ( Form 1 ). Masa tu, saya nampak notis pengambilan  pemain hoki Tunas Cemerlang. Then, my brother me to join. First, saya tolak, coz saya memang tak minat and takut nak main. Then, he said kalau saya main, saya boleh pergi KL. Whatz??? Apalagi, esoknya terus saya daftar nama and pegi ikut pemilihan.  Sejak itulah saya mula meminati sukan hoki dan terus menjadi pemain hoki tegar. Saya biasa bermain sebagai back / defend. Haha.. masa sekolah menengah saya memang aktif dalam sukan hoki juga. Kadang - kadang, saya terpaksa pilih , nak ikut latihan antara hoki atau bola jaring. Kebetulan tarikh pertandingan untuk kedua - dua sukan adalah sama. So, nak join dua2, memang tak dapat. So, saya pilih hoki lah. Terlalu banyak kenangan saya dalam sukan ini. Kalau nak cerita memang panjang lebar. Kerana sukan inilah saya ada travel' ke Sarikei, dan  Bintulu. Saya hampir2 dihantar untuk menjalani latihan di KL, tapi tak jadi di atas sebab - sebab tertentu. Pada ketika itu, memang saya rasa sedih sangat. Kalaulah hal itu tak terjadi, mesti saya dah ke KL time tu. Saya juga pernaj injured gara -gara kena hit. Adoii, sakit memang tak payah cakaplah. Sepanjang penglibatan saya joined hoki, saya telah mewakili sehingga ke peringkat bahagian. Memang best gilerr!! 


      Kenangan bergabung dengan SMK Tebakang memang tak akan dilupakan. Sepanjang menghabiskan tempoh latihan di SMK Tebakang memang memberi banyak kenangan manis. Kenangan pahit pula, saya dimarahi oleh salah seorang guru sampai saya menangis sebab saya selalu tak masuk kelas sebab joined game hoki. Tapi, saya bersabar, dan saya tak pernah melupakan pelajaran. Suka duka ketika perlawanan memang terpahat dalam memori. Paling saya ingat, time tu nak lawan sebuah team ni. Nampak pemain diorang, fuhh, memang dashyat. Hampir kesemua pemainnya berambut pendek. Dahla muka mereka ganas - ganas semua. Time tu saya memang gerun sangat. Tapi, bila dah bertemu kat padang, kami menewaskan mereka dengan score 6-0. Gempak, bukan??? Haha...Saya amat menghormati dan menyanjungi sifu saya, iaitu Cikgu Mahran Kipli. Beliau merupakan seorang jurulatih hoki yang berkaliber dan profesional. Beliau juga seorang yang penyabar dan lembut ketika berutur. Sporting dan juga lucu. Begitu dengan Cikgu Mary Vivian, dan Cikgu Edmund. Jasa mereka tidak akan saya lupakan sampai bila - bila. Sedihnya bila teringat kenangan ketika di sekolah bersama - sama rakan - rakan dan guru - guru. Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai pengalaman dalam sukan ini. Terima Kasih kepada rakan - rakan,my brother  dan jurulatih2 yang disayangi. 

         Kalau dilihat pada luaran memang game hoki ini berbahaya. Kita juga kena kuasai banyak kemahiran, seperti menghantar bola, mengelecek, memukul, dan menahan bola. Kadang - kadang juga, sakit pinggang bila dah lama sangat tunduk. Tapi setiap apa yang kita lakukan, harus bermula dari minat. Apabila kita menanam rasa minat terhadap sesuatu itu, pasti kita akan berasa seronok dan sayang terhadap sesuatu itu. Begitulah juga dengan sukan ini. Saya amat meminati sukan hoki & bola jaring. Saya tak takut main game ini sebab saya rasa seronok sangat join sukan ini. Walaupun kulit saya jadi hitam legam gara -gara terlalu aktif bersukan, saya tak kisah. Kalau anda dah minat, tiada apa yang mampu menghalang anda untuk teruskan minat anda. Bersukan juga baik untuk kesihatan. So, sapa - sapa antara anda yang tak pernah bersukan tu, mula lah berjinak - jinak dalam bidang sukan ini. Tak rugi punya. Hehe.. Majulah sukan untuk negara!!

Wednesday, January 25, 2012

Tips Make Up #1 [ Wajah & Mata ]

ASAS  TATA RIAS 
WAJAH & MATA

      Dalam sejarah peradaban manusia, mempercantikan wajah memang telah diamalkan sejak berkurun yang lalu. Namun, zaman dahulu dengan zaman moden kini adalah berbeza. Sudah tentu cara dan konsep pemakaian kosmetiknya juga berbeza. Kalau kita imbas kembali, pada zaman dahulu, konsep "make-up" ini merupakan satu ritual dalam golongan tertentu bertujuan menunjukkan identiti, dan untuk mengelakkan malang atau nasib buruk. Malah alatan dan bahan kosmetik yang digunakan amat primitif, contohnya seperti larutan kulit kayu, daun dan sebagainya. Begitula serba sedikit mengenai konsep merias wajah pada zaman dahulu kala.
   Bagaimana pula dalam era moden? Masyarakat Mesir Kuno pada zaman dahulu menggunakan sejenis celak atau "koh" sebagai kosmetik yang bertujuan untuk menyerlahkan bentuk mata.Uniknya, ia bukan sahaja digunakan oleh para wanita, tetapi juga para lelaki. Manakala, masyarakat Cina menggunakan sejenis bedak yang dibuat daripada campuran bahan - bahan semulajadi. Bedak ini masih lagi digunakan pada masa kini. Malah bedak tersebut terkenal dengan gelaran "bedak amoi". Bedak ini disapu pada wajah bertujuan untuk membuat kulit wajah tampak putih dan sehalus baldu. Kesemua kosmetik ini digunakan dengan konsep merias yang sederhana.
Seiring dengan peredaran waktu, konsep merias wajah terus berkembang dan ribuan kosmetik telah dihasilkan. Kecantikan tidak dapat dipisahkan dari wanita. Kecantikan bukan hanya pada wajah, tapi bermula dari kepala sehinggalah ke kaki.







     Make-up yang cantik dan sempurna harus disertakan dengan kelengkapan yang cukup. Seorang juru make-up perlu membekalkan diri dengan pelbagai kelengkapan asas yang wajib. Begitu juga anda yang ingin merias wajah. Alat - alat inilah yang menjadi senjata utama anda untuk mendapatkan hasil make-up yang menyerlah. 




WAJAH ( FACE )












1. GUNTING KECIL

Alat ini mempunyai multi function.yang digunakan 
untuk merapikan hujung kening, 
menggunting scotch atau menggunting 
bulu mata palsu yang  terlalu panjang.


                          

2. SPAN ( SPONGE )

Biasanya diperbuat daripada bahan latex dan berfungsi untuk meratakan atau mengaplikasikan foundation pada wajah. Juga berfungsi meratakan kosmetik pada bahagian wajah yang sempit atau bersudut. Contohnya, menyapu concealer pada bawah mata






3. PENCUKUR KENING ( BROW SHAVER )

Mata pisau cukurnya berbentuk gerigi.
Alat ini digunakan untuk membentuk 
atau membuang bulu
pada kening atau alis mata.





4. TWEEZERS 

Fungsinya adalah untuk mencabut bulu pada kening. Selain itu, boleh juga  digunakan sebagai alat 
untuk memegang bulu mata palsu.









5. APLIKATOR BERHUJUNG SPAN 
( SPONGE -TIPPED APLICATOR )

Berfungsi untuk menyapu perona warna yang 
bertekstur padat ( compact eye shadow ).
Kebiasaannya digunakan membubuh atau 
mencalitkan eye shadow, sama ada satu
warna atau dua warna yang matching.













MATA ( EYES )





 1. Q- TIP / COTTON BUD

Berfungsi merapikan dan membuat kemasan  
dengan memadan kesalahan pada solekan.
Selain itu, boleh juga digunakan untuk 
membersihkan mata.








    
2. PENYEPIT BULU MATA  
    ( EYELASHES CURLER)

Alat ini biasanya diperbuat daripada logam.
Fungsinya adalah untuk melentikkan bulumata. 
Boleh didapati dengan saiz kecil ataupun besar. 
Penyepit yang bersaiz \kecil biasanya digunakan untuk melentikkan bulu mata yang susah untuk dijangkau. Dilengkapi dengan getah yang bertekstur lembut.





3. GAM BULU MATA ( EYELASH GLUE )

Berfungsi sebagai pelekat bulu mata palsu pada mata anda. Ianya selamat digunakan dan tidak mendatangkan alahan pada kulit. Bagi membuang atau mebersihkannya, anda bolah mengunakan baby oil atau 
eye make-up remover.






4. BULU MATA PALSU 
(FALSE / FAKE EYELASHES )

Diperbuat daripada bahan sintesis & dihasilkan dengan pelbagai tingkat ketebalan, panjang dan kepadatan bulu yang berbeza - beza. Setiap bulu mata yang dipilih mempunyai fungsinya  tersendiri.Ada yang memberi efek tebal, menampakkan bulu mata melentik dan panjang. Terdapat juga yang menampakkan mata kelihatan besar dan kecil.




 5. SCOTCH TAPE

Plaster atau tape mata ini diperbuat daripada bahan plastik atau kertas khusus. Fungsinya adalah membentuk & mengoreksi kelopak mata. Juga  digunakan untuk membuatkan kelopak mata anjal dengan menariknya ke atas. Selain itu, scotch juga menampakkan kening menaik.








** Untuk memperlihatkan bulu mata kelihatan seperti bulu mata sebenar,  satukan bulu - bulu mata palsu dengan bulu mata dengan gam yang disapu pada pangkalnya. Seterusnya lentikkan bulu mata mengunakan penyepit bula mata dan sapukan maskara. Nah, hasilnya  mata akan tampak gorgeous gitu..