Kenangan pada waktu adalah kenangan yang terindah dalam hidupku. Biarpun pahit, aku tidak mengeluh, dan aku tidak pernah menyesal, sehingga menjadi apa adanya diriku sekarang. Setiap yang berlaku adalah kententuanNYA. Aku tidak mampu menolak setiap kejadianya yang terjadi, meskipun aku tidak inginkannya terjadi. Aku bukanlah anak dari golongan yang berada, namun aku bersyukur hidupku dijaga dengan sempurna oleh ibuku. Ibuku, insan yang paling aku sayangi dalam dunia. Walaupun banyak kesedihan telah aku rasai disebabkan ibu, namun aku tidak akan pernah membenci dan menyalahkan ibu, malah kasih sayang ini semakin kuat, semakin mendalam. Setiap amarahmu, setiap teguranmu, setiap pukulanmu, setiap nasihatmu pastinya adalah untuk kebaikanku.Aku tidak pernah melupakan semua itu. Air mata yang mengalir ini tiada bandingnya dengan pergorbanan dan penderitaan ibu sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anakmu. Ibu, aku amat menyayangimu selamanya.
Ibu, aku masih ingat saat aku mula - mula menjejakkan kaki di menara gading. Ketika itu, aku hendak pergi ke tempat baru, tiada siapa yang menemani aku, aku berkata " tak apalah aku seorang pun ok. Nanti ada pihak universiti akan menjempuku" Lalu ibu berkata, " biarkanlah aku dengan Nina(aku) pergi. Kesian Nina, nanti orang lain ditemani ibu bapa, nanti Nina seorang". Saat itu, aku berasa tersentuh, aku tidak menyangka ibu akan berkata sedemikian, padahal ibu berkerja pada saat aku pergi, tapi ibu memohon cuti, semata-mata ingin menemani aku. Sampainya di universiti, keesokkan hari pada waktu pendaftaran, aku masih ingat ibu mengeluarkan begitu banyak wang untuk membayar yuran pendaftaranku. Saat melihat ibu mengeluarkan wang sebanyak itu, rasa sebak sangat di dadaku. Petang itu, ibu pulang tanpa ditemani aku. Sudahla ibu tak tahu jalan, tapi ibu kata ibu boleh bertanyakan orang. Saat ibu pergi, ingin saja aku menangis, namun aku hanya menahan agar butiran air mataku tidak keluar dan dilihat olehmu. Aku tak akan mensia- siakan perngorbanan ibu menghantar aku menimba ilmu di menara gading. Peristiwa itu yang tersimpan rapi dalam memori ingatanku sentiasa mengingatkan aku tujuan aku di rantauan. Aku akan berusaha untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang. Ibu, doakanlah anakmu ini.
Terlalu banyak kepahitan yang aku telan sepanjang hidup telah mengajar aku untuk lebih tabah dan mampu berdikari menjalani hidup ketika berada jauh dari keluarga. Aku tidak pernah sesekali berputus asa dan aku akan teruskan perjuangan hidup ini, hanya untuk impian ibu. Biarlah apapun terjadi, aku akan sedaya upaya menjadi seperti yang ibu inginkan dan memberi apa yang ibu inginkan selama ini. Aku hanya ingin melihat sinar kebahagian di mata ibu agar setiap penderitaan, setiap pengorbanan, setiap kesedihan ibu selama membesarkan kami terbalas. Inilah impianku yang ingin aku kecapi dalam hidupku. Terima kasih ibu, terima kasih sangat-sangat yang tak terhingga. Terima kasih untuk segalanya. Nina SAYANG IBU SANGAT - SANGAT.
0 What They Say?:
Post a Comment