Wednesday, January 18, 2012

Yes or No เยส ออร์ โนว์: อยากรักก็รักเลย (Yak Rak Kor Rak Loei)




Jangan Lupa Tonton!





" Yes Or No " merupakan sebuah filem so called as lesbian movie. Filem ini juga filem lesbian pertama di Thailand. Filem ini mengisahkan Pie, seorang yang anti tomboy, yang dilakonkan oleh Aom Sucharat Manaying. Kemudian Pie ditemukan dengan seorang tomboy bernama Kim, lakonan Supanart Jittaleela Tina di universiti yang sama dan juga mereka adalah "roomate". Di situlah kisah bermula, apabila kehadiran Kim membawa perubahan dalam hidup Pie.

Title: Pu Chai Lulla (Yak Rak Goh Rak Loie) 
       Yes or No อยากรักก็รักเลย
Director: Sarasawadee Wongsompetch
Cast: Arisara Tongborisuth, Soranut Yupanun,  Sucharat Manaying, Supanart Jittaleela
Rating: 15+ (Romantic Comedy)
Release Date in Thailand: 16th December 2010








Sikap Kim yang baik, dan mengambil berat membuatkan Pie mula menerima Kim sebagai teman, dan lama-kelamaan hubungan mereka menjadi semakin rapat. Jane yang juga merupakan sahabat Pie juga menaruh perasaan terhadap Kim. Hal ini membuatkan timbulnya rasa cemburu dalam diri Pie. Menyedari perhubungan mereka tidak dapat diterima oleh ibu Pie dan Pie masih tidak mempunyai kekuatan untuk mendedahkan hubungan mereka, dan Kim terpaksa melupakan Pie. Adakah Pie sanggup kehilangan cinta Kim, dan berani berdepan dengan dunia luar? Ya atau Tidak?? 












Yes  Or  No Trailer




Pendapat
Bagi saya, cerita ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. Cerita ini juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri saya. " Love is a heart matter ". Perasaan cinta lahir dari dalam tanpa kita sedari. Kadangkala kita tidak mampu melawan perasaan itu. Love is beautiful.. 

0 What They Say?:

Post a Comment