Wednesday, January 25, 2012

Dilemma

She Or Her??






Sukarnya nak membuat sesuatu keputusan apabila ia melibatkan perasaan sesorang. Bukan senang ye nak jaga perasaan orang, lebih2 lagi kalau melibatkan orang yang kite cayang. Well, ceritanya macam ni. Dek kerana ketakutan duk rumah sorang, saya amik keputusan nak pergi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) because saya ada member kat sane. Saya planned nak stay dalam 14 hari, then kami sama2 akan balik ke TM selepas tempoh tersebut.

Then, pada hari saya nak pergi tu, saya bertolak kira - kira pada pukul 12.00 tengah hari. Saya naik KTM, coz senang kan, tak perlu nak singgah - singgah. Direct to the destination. Paling penting, saya mesti duduk dalam woman's area. Safe and comfortable coz no man. Keke.. Macam - macamla gelagat manusia ketika dalam perjalanan. Peliknya, ada juga yang tak pandai membaca. Dah terang - terang tulis Woman's area, tapi masih ada juga passenger lelaki buat muka tak malu duduk area tu. Apa da. Hot sangat. Orang duduk situ nak elak dari lelaki, tapi still ada gak mamat - mamat muka tak malu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Penat, sampai - sampai je stesen UKM, hujan lebat pula. Memang lebat disertai dengan guntur. Saya memang dah basah kuyup. Then, saya amik teksi untuk ke UKM, dengan bayaran RM 7. Mahal giler. Tapi, takpela, bukan selalu kan. Kedatangan saya disambut mesra oleh kawan saya. Biarlah saya perkenalkan kawan saya tu dengan A. Imbas kembali, sewaktu saya baru sampai di stesen UKM, saya menerima satu mesej dari kawan saya, si B mengatakan dia on the way nak balik TM, and minta saya packin barang coz dia nak amik and ajak saya stay dengan dia di TM. Whatz??? Apa da... Saya dah kat UKM lor.. Too late~

Selepas itu, sampai je kat kolej UKM, lepas letak semua beg, member saya si B kol. Katanya, dia sanggup jemput saya di UKM, n bawa saya balik. Sebenarnya saya nak, tapi saya kesian plak dengan kawan saya si A. Dahla dia dah tempah bilik, n pindah brg dia ke bilik tu. Pada masa yang sama juga, saya kesian dengan kawan saya si B. Dahla dia tak sihat, dan duduk seorang. Tapi, kalau saya balik, si A plak duduk seorang2. Bingung saya dibuatnya. Saya jadi serba salah. Saya dalam dilemma. Yang mana satu harus saya pilih? Saya kalau boleh belah je badan ni, satu di sini, satu di sana. Tak adalah yang berkecil hati. But, there's only one choice and I really hate this kind of mess. 

Setelah berfikir panjang, saya amik keputusan nak terus stay je. Because, saya dah bagitahu yang saya nak dantang UKM awal lagi before saya dapat tahu kedatangan kawan saya si B. Kalau lah kawan saya si B tu bagitahu awal, and tak buat suprise, mesti saya dah cancel plan nak ke UKM. Namun, saya hargai suprise yang dia plan tu. Cuma, wrong time.Tapi, apa yang boleh saya buat, saya pun dah sampai, rasa kejam pulak kalau balik terus hari itu juga. Saya harap keputusan yang saya ambil ini betul. Saya juga berharap agar kawan saya si B memahami keadaan saya dan tidak ambil hati atau marah. Saya sayang kedua - dua kawan saya. Harap, janganlah disimpan dalam hati. 


(23.Jan.2012)


Kalau anda adalah saya, apakah tindakan sewajarnya yang akan anda buat??

0 What They Say?:

Post a Comment