Wednesday, January 25, 2012

Tips Make Up #1 [ Wajah & Mata ]

ASAS  TATA RIAS 
WAJAH & MATA

      Dalam sejarah peradaban manusia, mempercantikan wajah memang telah diamalkan sejak berkurun yang lalu. Namun, zaman dahulu dengan zaman moden kini adalah berbeza. Sudah tentu cara dan konsep pemakaian kosmetiknya juga berbeza. Kalau kita imbas kembali, pada zaman dahulu, konsep "make-up" ini merupakan satu ritual dalam golongan tertentu bertujuan menunjukkan identiti, dan untuk mengelakkan malang atau nasib buruk. Malah alatan dan bahan kosmetik yang digunakan amat primitif, contohnya seperti larutan kulit kayu, daun dan sebagainya. Begitula serba sedikit mengenai konsep merias wajah pada zaman dahulu kala.
   Bagaimana pula dalam era moden? Masyarakat Mesir Kuno pada zaman dahulu menggunakan sejenis celak atau "koh" sebagai kosmetik yang bertujuan untuk menyerlahkan bentuk mata.Uniknya, ia bukan sahaja digunakan oleh para wanita, tetapi juga para lelaki. Manakala, masyarakat Cina menggunakan sejenis bedak yang dibuat daripada campuran bahan - bahan semulajadi. Bedak ini masih lagi digunakan pada masa kini. Malah bedak tersebut terkenal dengan gelaran "bedak amoi". Bedak ini disapu pada wajah bertujuan untuk membuat kulit wajah tampak putih dan sehalus baldu. Kesemua kosmetik ini digunakan dengan konsep merias yang sederhana.
Seiring dengan peredaran waktu, konsep merias wajah terus berkembang dan ribuan kosmetik telah dihasilkan. Kecantikan tidak dapat dipisahkan dari wanita. Kecantikan bukan hanya pada wajah, tapi bermula dari kepala sehinggalah ke kaki.







     Make-up yang cantik dan sempurna harus disertakan dengan kelengkapan yang cukup. Seorang juru make-up perlu membekalkan diri dengan pelbagai kelengkapan asas yang wajib. Begitu juga anda yang ingin merias wajah. Alat - alat inilah yang menjadi senjata utama anda untuk mendapatkan hasil make-up yang menyerlah. 




WAJAH ( FACE )












1. GUNTING KECIL

Alat ini mempunyai multi function.yang digunakan 
untuk merapikan hujung kening, 
menggunting scotch atau menggunting 
bulu mata palsu yang  terlalu panjang.


                          

2. SPAN ( SPONGE )

Biasanya diperbuat daripada bahan latex dan berfungsi untuk meratakan atau mengaplikasikan foundation pada wajah. Juga berfungsi meratakan kosmetik pada bahagian wajah yang sempit atau bersudut. Contohnya, menyapu concealer pada bawah mata






3. PENCUKUR KENING ( BROW SHAVER )

Mata pisau cukurnya berbentuk gerigi.
Alat ini digunakan untuk membentuk 
atau membuang bulu
pada kening atau alis mata.





4. TWEEZERS 

Fungsinya adalah untuk mencabut bulu pada kening. Selain itu, boleh juga  digunakan sebagai alat 
untuk memegang bulu mata palsu.









5. APLIKATOR BERHUJUNG SPAN 
( SPONGE -TIPPED APLICATOR )

Berfungsi untuk menyapu perona warna yang 
bertekstur padat ( compact eye shadow ).
Kebiasaannya digunakan membubuh atau 
mencalitkan eye shadow, sama ada satu
warna atau dua warna yang matching.













MATA ( EYES )





 1. Q- TIP / COTTON BUD

Berfungsi merapikan dan membuat kemasan  
dengan memadan kesalahan pada solekan.
Selain itu, boleh juga digunakan untuk 
membersihkan mata.








    
2. PENYEPIT BULU MATA  
    ( EYELASHES CURLER)

Alat ini biasanya diperbuat daripada logam.
Fungsinya adalah untuk melentikkan bulumata. 
Boleh didapati dengan saiz kecil ataupun besar. 
Penyepit yang bersaiz \kecil biasanya digunakan untuk melentikkan bulu mata yang susah untuk dijangkau. Dilengkapi dengan getah yang bertekstur lembut.





3. GAM BULU MATA ( EYELASH GLUE )

Berfungsi sebagai pelekat bulu mata palsu pada mata anda. Ianya selamat digunakan dan tidak mendatangkan alahan pada kulit. Bagi membuang atau mebersihkannya, anda bolah mengunakan baby oil atau 
eye make-up remover.






4. BULU MATA PALSU 
(FALSE / FAKE EYELASHES )

Diperbuat daripada bahan sintesis & dihasilkan dengan pelbagai tingkat ketebalan, panjang dan kepadatan bulu yang berbeza - beza. Setiap bulu mata yang dipilih mempunyai fungsinya  tersendiri.Ada yang memberi efek tebal, menampakkan bulu mata melentik dan panjang. Terdapat juga yang menampakkan mata kelihatan besar dan kecil.




 5. SCOTCH TAPE

Plaster atau tape mata ini diperbuat daripada bahan plastik atau kertas khusus. Fungsinya adalah membentuk & mengoreksi kelopak mata. Juga  digunakan untuk membuatkan kelopak mata anjal dengan menariknya ke atas. Selain itu, scotch juga menampakkan kening menaik.








** Untuk memperlihatkan bulu mata kelihatan seperti bulu mata sebenar,  satukan bulu - bulu mata palsu dengan bulu mata dengan gam yang disapu pada pangkalnya. Seterusnya lentikkan bulu mata mengunakan penyepit bula mata dan sapukan maskara. Nah, hasilnya  mata akan tampak gorgeous gitu..

0 What They Say?:

Post a Comment